Aktres Nadya Syahera akui berasa gementar selepas anak perempuannya, Aleena Rose telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mempunyai batuk berkahak yang sangat teruk.

Menurut Nadya, walaupun sudah diberi nebulizer sebanyak empat kali, kadar pergerakan pernafasan dan jantung Aleena masih laju sehingga memerlukan pemantauan daripada doktor.

"Macam Aleena kalau demam atau batuk memang akan penat macam tu.

"Saya dah biasa dengan keadaan tu. Cuma kali ni, bila doktor cakap dia agak teruk daripada sebelum ini memang saya gementar.

"Dia telah dimasukkan ke ICU sebab pergerakan nafas dan jantung dia bergerak laju daripada normal, itu yang doktor suspek dia asma.

"Masa sampai kecemasan, doktor beri nebulizer sebanyak empat kali tapi dia masih sukar bernafas.

"Doktor pun takut dengan keadaan dia. Kandungan oksigen dia kurang dari 95 mmHg. Sebab tu tak boleh bawa ke wad biasa.

"Keesokkan harinya, baru dia dipindahkan sebab keadaan dia dah makin baik," katanya ketika dihubungi Gempak.



Tambah pelakon drama bersiri Dia Semanis Honey dia sendiri tidak tahu dari mana datang penyakit anaknya.

"Nak buat macam mana kan bila sakit datang. Saya dah lama tak bawa dia keluar, hanya pergi rumah pengasuh ja.

"Tu pun masih kena. Mungkin udara kita tak elok atau dia sejenis yang memang tak boleh dengan tempat-tempat berhabuk.

"Saya sendiri taktahu dari mana jangkitan tu datang yang menyebabkan jadi batuk berkahak tebal," katanya lagi.

Terdahulu, Nadya meluahkan perasaan apabila anaknya kerap jatuh sakit di Instagram (IG) miliknya.

BACA: “Kadang-Kadang Tu Mintak Sangat Sakit Anak Itu Pindah Pada Kita...” - Nadya Syahera