Berita

“Nafasnya Laju, Dadanya Berlekuk Dalam & Sangat Tak Bermaya...” - Dr. Say Kongsi Pengalaman Anak Terkena Influenza

gempak
Syafiqah Jalal
15/01/2020
01:20 MYT
Sponsor Banner
“Nafasnya Laju, Dadanya Berlekuk Dalam & Sangat Tak Bermaya...” - Dr. Say Kongsi Pengalaman Anak Terkena Influenza
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril menegaskan kepada semua orang supaya tidak mengambil remeh dengan jangkitan influenza yang menyerang hampir seluruh Malaysia kini.
Menurut Dr. Say, influenza bukan sahaja menyerang mengikut musim seperti negara lain tetapi ia sentiasa ada sepanjang tahun.
“Jangan Pandang Rendah Influenza.
”Seperti yang semua sedia maklum, jangkitan influenza sedang menyerang negara kita dengan agak rapid.
“Tanyalah mana-mana klinik kebanyakan mesti akan respond yang stock vaksin influenza mereka sudah habis.
“Anda perlu tahu yang influenza di Malaysia ni berlaku all year round dan bukan “seasonal” seperti di negara lain,” tulisnya.
Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik video anaknya sewaktu terkena jangkitan influenza ketika berusia dua bulan.
Dr. Say juga turut memberi amaran influenza adalah satu penyakit yang bahaya.
Ia bukan sahaja berisiko menyerang kanak-kanak, malah mereka yang mempunyai masalah obesiti.
”Apa yang bahaya sangat dengan influenza ni? Video di atas adalab contoh apabila anak saya Ace terkena jangkitan paru-paru semasa dia hanya berumur dua bulan.
“Bermula dgn demam batuk selsema biasa, dengan cepatnya kesihatannya merudum yang mana nafasnya tersangat laju, dadanya berlekuk dalam & dia jadi sangat tidak bermaya sehinggakan dia memerlukan bantuan oksigen sangat kuat (High Flow Nasal Cannula) yang bunyinya menghantui saya hingga ke hari ini.
”Anda perlu tahu juga flu ni berisiko kepada kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun, warga emas 65 tahun ke atas, wanita hamil, mereka yang obes & mereka yang rendah daya tahan badan (kanser, HIV, dll).
"Jadi jangan sesekali pandang rendah akan influenza ni kerana ia sangat berbahaya dan berbeza daripada batuk selsema biasa,” ceritanya.
Justeru, Dr. Say turut berkongsi cara-cara pencegahan yang boleh dilakukan bagi mengelak jangkitan Influenza ini merebak.
“Selain daripada memakai topeng muka, tutup mulut dengan tisu apabila batuk atau bersin, anda perlulah kerap mencuci tangan, langkah pencegahan influenza lain adalah PREVENTION iaitu dengan mendapatkan vaksin influenza.
“Tak mahal pun vaksin ni jika dibandingkan dengan komplikasi mendatang sekiranya kita ataupun yang tersayang terkena jangkitan influenza ni.
“I have learnt my lesson the hard way dan saya menyeru kepada anda semua jangan jadi seperti saya, get yourself vaccinated please peeps,” kongsinya lagi.
Dr. Say muncul dalam Tanya Doktor sebagai hos bersama Lisa Surihani yang ditayangkan setiap hari Khamis jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Topik : Jangan Pandang Rendah Influenza Spt yg most of us sedia maklum, jangkitan influenza sdg menyerang negara kite dgn agak rapid. Tanye lah mane2 klinik kebanyakan mesti akan respond yg stok vaksin influenza mrk dh habis. Anda kne tahu yg influenza di Msia ni berlaku all year round & bukan “seasonal” spt di negara lain. Ape yg bahaya sgt dgn influenza ni? Video di atas adlh contoh pabila anak sy Ace terkena jangkitan paru2 semasa dia hanya berumur 2 bulan. Bermula dgn demam batuk selsema biasa, dgn cepatnya kesihatannya merudum yg mana nafasnya tersgt laju, dadanya berlekuk dalam & dia jd sgt tidak bermaya sehinggakan dia memerlukan bantuan oksigen sgt kuat (High Flow Nasal Cannula) yg bunyinya menghantui sy hingga ke arini. Anda perlu tahu juga flu ni berisiko kpd kanak2 berumur kurang dari 5tahun, warga emas 65tahun ke atas, wanita hamil, mrk yg obes & mrk yg rendah daya tahan badan (kanser, HIV, dll). Jadi jgn sesekali pandang rendah akan influenza ni krn ia SANGAT BERBAHAYA & BERBEZA drpd batuk selsema biasa. Selain drpd memakai topeng muka, tutup mulut dgn tisu apabila batuk/ bersin & kerap mencuci tangan, langkah pencegahan influenza lain adalah PREVENTION yakni dgn mendapatkan vaksin influenza. Xmahal pun vaksin ni jika dibandingkan dgn komplikasi mendatang sekiranya kita ataupun yg tersyg kita terkena jangkitan influenza ni. Ive learnt my lesson d hard way & sy menyeru kpd anda semua jgn jadi spt sy, get urself vaccinated please peeps. #FluPreventionIsAnActofLove #PreventFluWithLove
A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live