Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Nafi Ada Hubungan Istimewa, Angel Dolla Terkejut Nadhir Nasar Muat Naik Gambar Dirinya - “Saya Tak Sangka…”

Umirah Halim 10/05/2025 | 12:00 MYT
Ahli kumpulan wanita sensasi Dolla, Angel tampil memberi penjelasan selepas aktor Nadhir Nasar mencetuskan spekulasi apabila memuat naik perkongsian gambar yang memaparkan wajahnya di Instagram baru-baru ini.

Menurut Angel, 24, gambar tersebut sebenarnya diambil semasa sebuah acara anjuran majalah hiburan dan dia sendiri baru melihatnya pada hari Nadhir memuat naik hantaran berkenaan.

“Saya baru nampak gambar itu hari ini, ia diambil dalam satu acara majalah hiburan.

“Hanya saya sahaja wanita untuk majalah ketika itu.

“Saya tidak jangka dia akan ‘post’ gambar saya sebab jurugambar ketika itu memang ambil gambar semua orang,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media single terbaharu Dolla di Lot 10, Bukit Bintang pada Sabtu.

Menafikan sebarang hubungan istimewa dengan aktor Projek: High Council itu, Angel menegaskan bahawa mereka sekadar kenalan biasa yang hanya bertegur sapa ketika bertemu di acara industri.

“Saya tak ada (hubungan istimewa dengan Nadhir).

Mungkin kalau ada projek dan peluang untuk kerjasama saya tiada masalah.

“Kami hanya jumpa di acara sahaja, berjumpa lepak kami tak pernah.

“Saya tidak begitu rapat dengan dia, kami hanya kenalan ‘hi, bye’ sahaja. Saya juga terkejut bila dia ‘post’ dan tak jangka.

“Sebenarnya tak ada apa perbezaan dari dulu sampai sekarang, kami hanya ‘hi bye’ bila jumpa di acara sahaja,”katanya.

Mengulas mengenai komen emoji hati yang ditinggalkannya di hantaran tersebut, Angel hanya menganggap bahawa ia bukanlah sesuatu yang bermaksud lebih daripada sekadar interaksi biasa di media sosial.

Angel berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media single terbaharu mereka ‘Mwa!’.

Terdahulu, Nadhir Nasar berjaya mencuri perhatian ramai apabila bertindak memuatnaik foto Angel yang difahamkan diambil ketika menghadiri majlis hiburan.

Lebih menarik perhatian ramai lagi apabila Angel juga telah meninggalkan komen emoji hati di hantaran tersebut.

Menerusi perkembangan lain, Dolla kini tampil dengan lagu single terbaharu berjudul MWA!.

MWA! digubah oleh Chelsea Warner, GASTON, Roland Lim Shi Jie, Tabby, Sabronzo, dan Angel; serta diterbit dan disusun oleh GASTON dan Roland Lim.

#Angel #DOLLA #Nadhir Nasar