Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Nafi Bergaduh, Azhar Rindu Berkongsi Pentas Dengan Hael

Mya Amri 21/02/2018 | 11:20 MYT
Penyanyi Azhar Osman mengakui rindu untuk berkongsi pentas dengan bekas rakan duonya, Hael Husaini.
“Saya tak bergaduh pun dengan Hael. Hubungan kami sebagai sahabat masih baik. Saya akui, rasa rindu untuk berkongsi pentas dengan Hael itu ada.
“Tetapi untuk kami sama-sama bergabung sebagai Azhael untuk membuat projek baru, saya rasakan perkara itu tak mungkin terjadi buat masa sekarang sebab masing-masing sibuk dengan projek solo.
“Namun begitu, saya tak menolak sebarang peluang untuk bekerjasama dengan Hael di masa akan datang. Saya juga terima sekiranya kami mendapat tawaran untuk bergabung melakukan persembahan pentas.
“Lagu Azhael seperti Hujung Waktu dan Mencinta juga masih mendapat permintaan peminat. Semuanya boleh dipertimbangkan jika kena dengan masa dan keadaan,” kata Azhar.
Belum memikirkan lagi mengenai single solo, Azhar juga tidak menolak sekiranya dia berpeluang untuk menyanyikan lagu ciptaan Hael.
“Dia memang berbakat sebagai seorang komposer. Saya sudah lama nampak bakatnya sebagai pencipta lagu tetapi ketika itu, dia tak yakin menggubah sebuah lagu untuk Azhael.
“Sekiranya ada peluang untuk menyanyikan lagu ciptaan Hael, apa salahnya? Saya pasti akan berbangga menyanyikan lagu nukilan sahabat sendiri,” katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @712studios
#Penyanyi #Penyanyi #Azhar #Hael Husaini
;