Penyanyi Syura menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya melakukan pembedahan pada bibirnya.

Menurut Syura, bibirnya kelihatan berbeza disebabkan oleh mengunakan produk lips plumper.

"Saya tak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik pada diri dan tak pernah melakukan suntikan di bibir.

"Kalau ikutkan, bibir saya sememangnya tebal bahagian bawah. Saya akui ada memakai produk untuk mungilkan bibir.

"Produk lips plumper tu saya gunakan dalam 30 saat sebelum memakai gincu dan menjadikan bibir saya lebih tebal," katanya.

Sebelum ini sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa Syura melakukan pembedahan pada bibirnya selepas terkejut dengan perubahan bibir penyanyi itu.

Sumber: mStar Online