Nafi Cepat Kahwin Kerana Menang AJL36, Raja Nazrin SOG Tertarik Pada Isteri Sebab Tak ‘Control Ayu’
Azwa Rahman
24/05/2022 07:51 MYT
24/05/2022 07:51 MYT
Vokalis Sekumpulan Orang Gila (SOG), Raja Nazrin Shah mengambil keputusan untuk berkahwin bukan kerana baru sahaja menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL36) tetapi kerana sudah lama mengenali isterinya yang juga vokalis kumpulan Margosa, Resya Ab Rahman.
Menurut Nazrin, 32, dia tidak kisah menamatkan zaman bujang biarpun nama kumpulannya kini menjadi sebutan.
“Alhamdulillah saya sudah 10 hari bergelar suami, awal perkenalan saya bersama isteri pun atas dasar kerja di mana dia juga seorang pemuzik.
“Ada orang cakap saya nak cepat-cepat kahwin sebab baru lepas menang AJL tapi sebenarnya saya nak cepatkan apa yang boleh sebab kami pun dah kenal selama enam tahun. Jadi apa salahnya kita cepatkan.
“Lagipun saya mahu peminat mengenali saya bukan sebab diri saya tetapi lebih kepada karya-karya kami,” ujarnya kepada Gempak.
Nazrin ditemui pada majlis pelancaran aplikasi Fenix360 yang diadakan di Bobo, Kuala Lumpur pada Isnin.
Pasangan yang sebelum ini bertunang pada Oktober tahun lalu melangsungkan pernikahan pada 14 Mei di rumah pengantin perempuan di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya yang turut dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan rapat dan bakal bersanding pada bulan depan.
Pernikahan yang diwalikan sendiri oleh bapa Resya, Ab Rahman Mohd Yassin turut menyaksikan Nazrin menyerahkan mas kahwin bernilai RM1,000 dan sebentuk cincin emas buat isterinya.
Mengulas kisah perhubungan mereka berdua, Nazrin atau Raja Nazrin Shah Raja Azaham mengenali isterinya pada tahun 2016 menerusi Twitter.
“Resya yang juga merupakan artis indie ketika itu menulis di Twitter miliknya yang dia sedang mencari pemain cello untuk projek muziknya dan ada rakan yang memaklumkan kepada saya.
“Apa yang buat saya tertarik dengan Resya ialah dia jadi dirinya sendiri, langsung tidak ‘control ayu’ macam sesetengah perempuan lain membuatkan saya selesa dengannya.
“Saya tidak pernah meletakkan kriteria calon isteri sebagai orang seni juga, semua itu adalah jodoh.
“Tiada lagi perancangan berbulan madu, apa lagi memikirkan untuk menambah ahli keluarga. Biar kami selesaikan dulu apa yang patut,” ujarnya yang kini sibuk melakukan persiapan dan promosi konsert SOG iaitu Sekumpulan Orang Gila Showcase pada 11 Jun ini di Auditorium Bentley Music, Wisma Bentley, Petaling Jaya.