Hiburan

Nafi Dakwaan Dibuat Search, Penganjur Konsert Tuntut Ganti Rugi RM1.5 Juta

gempak
Ahmad Shah
03/06/2016
09:54 MYT
Sponsor Banner
Nafi Dakwaan Dibuat Search, Penganjur Konsert Tuntut Ganti Rugi RM1.5 Juta
Penganjur Konsert Search 35, AFJets Sdn Bhd menuntut kos ganti rugi sebanyak RM1.5 juta daripada kumpulan Search kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.
Sehubungan itu Ketua Pegawai Eksekutif AFJets, Amrul Nizar Anuar memberi tempoh 14 hari kepada kumpulan rock lagenda tersebut untuk memohon maaf secara terbuka kerana memberi kenyataan tidak benar dan melanggar memorandum persefahaman dengan menamatkan kerjasama secara tidak sah.
"Segala tuduhan yang dibuat Search dalam sidang media ketika mengumumkan penamatan kerjasama dengan kami adalah tidak benar sama sekali.
"Kami sudah pun menuntut Search memohon maaf secara terbuka dan menarik semua tuduhan yang dubuat terhadap Afjets menerusi satu notis yang dihantar wakil peguam kami semalam (2 Jun).
"Jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan saman dikeluarkan," kata Amrul pada sidang media yang diadakan di Hangar Afjets petang Jumaat.
Hadir sama, wakil peguam Adnan Seman @ Abdullah daripada firma Adnan Shahida & Associates.
Antara dakwaan yang dikeluarkan Search terhadap AFJets adalah mereka tidak profesional, tidak berkemampuan untuk mengadakan konsert serta gagal mematuhi MoU.
Mengenai proses pemulangan wang untuk mereka yang sudah membeli tiket lebih awal, Amrul berkata pihak Ticketpro akan menghubungi mereka yang terbabit minggu depan bagi tujuan itu.
Kontroversi ini timbul apabila pemain dram Search, Yazit Ahmad membuat laporan polia terhadap Search Mei lalu yang antara lain mendakwa Search melakukan pecah amanah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024