,
Laman Utama

Nafi Warnakan Rambut Anak, Emma Maembong Dedah Dulu Rambutnya Juga Coklat Keperangan - “Dapat Warna Rambut Ini Daripada Mama Saya”

Izwan Isa
18/07/2022
08:50 MYT
Emma Maembong mendedahkan yang warna rambut anaknya, Shariq Gabriel yang kelihatan coklat keperangan merupakan warna rambut asli, bukan hasil daripada rawatan kimia seperti sangkaan banyak orang.
Emma berkata, Shariq memiliki warna sedemikian memandangkan ibunya, Yatimah Zainab merupakan wanita berambut perang yang berasal daripada Scotland.
Ujar Emma lagi, dia juga memiliki warna rambut yang seakan-akan sama ketika zaman mudanya. Namun, warna tersebut sudah tidak kelihatan apabila dia mula mewarnakan rambut.
“Memang rambut dia nampak macam ada highlight kan? Saya tidak warnakannya, tapi memang rambut anak saya sebegitu… warna original.
“Kalau nak tahu, itulah warna rambut sebenar saya Ketika kecil. Sebab warna rambut mama saya keperangan dan akhirnya dapat dekat Shariq. Jadi dapat warna rambut ini daripada mama saya.
“Saya dah meningkat usia, jadi warna tu dah tiada. Tambahan pula saya selalu warnakan rambut dan touch-up uban. Jadi, dah tak nampak warna rambut sebenar.
“Dulu pun orang ingat saya warnakan rambut, tapi sebenarnya keturunan,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Emma berkata, dia tidak kisah jika ada yang bersangka buruk dan mendakwa rambut anaknya itu diwarnakan disalon sehingga berubah menjadi keperangan.
“Saya tak kisah orang nak kata apa, asalkan jangan benda-benda negatiflah. Saya rasa tiada kesan apa-apa pun. Bagi saya, kita jangan buat andaian terhadap sesuatu perkara tanpa mengetahui hal sebenar.
“Bila nampak highlight sikit mereka andaikan saya warna rambut anak. Nasib baik tak dapat warna rambut perang emas (blonde) kalau tak, tak tahulah orang cakap apa pula,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

Sah Cerai & Habis Iddah, Netizen Puji Emma Maembong - “Lagi Elok Macam Ni, Tak Perlu Buka Aib Pasangan”

gempak
08/10/2024
07:30 MYT
Umum mengetahui pelakon jelita Emma Maembong memaklumkan dia dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik, semalam.
Hiburan

“Bercerai Tidak Semestinya Perlu Bermusuh”- Hubungan Emma Maembong & Bekas Suami Baik

gempak
07/10/2024
23:41 MYT
Pelakon, Emma Maembong memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penceraiannya dengan bekas suami iaitu Muhammad Shazli Azhar.
Hiburan

Emma Maembong Sahkan Sudah Bercerai - “Saya Sebolehnya Nak Tutup Kisah Peribadi…”

gempak
07/10/2024
12:19 MYT
“Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah," kata pelakon jelita, Emma Maembong yang mendedahkan dia dan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik.
Hiburan

"Jangan Risau..." - Mata Bengkak Kemerahan, Anak Sulung Emma Maembong Alami Alergi Kucing

gempak
24/09/2024
18:50 MYT
Pelakon jelita, Emma Maembong berkongsi mengenai keadaan anaknya yang mengalami alahan terhadap kucing.
Unitar