HIBURAN
Nafiez Zaidi Enggan Ambil Tahu Kisah Cinta Fify Azmi, Hanya Doa Yang Baik Buat Bekas Kekasih - “Kami Memang Sudah…”
Pernah bercinta sekitar 2021, pelakon Nafiez Zaidi bagaimanapun memberitahu dia dan bekas kekasihnya yang juga aktres, Fify Azmi sudah tidak berhubung sejak mereka berpisah.
Tidak berhubung
Nafiez memberitahu dia hanya mengetahui mengenai berita Fify sudah tidak lagi bersama dengan pelakon Niezam Zaidi selepas terbaca artikel mengenai mereka di kanan sosial.
"Kami memang sudah lama tidak berhubung selepas berpisah dulu. Saya juga dapat tahu perkara itu (Fify putus dengan Niezam) pun bila terbaca berita yang disiarkan.
"Saya tak tahu apa cerita sebenarnya kerana tak ambil tahu langsung selepas berpisah termasuk di media sosial pun kami sudah tiada apa apa," katanya kepada Gempak.
Nafiez berkata demikian ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem lakonannya, Martabat Misi Berdarah arahan bersama pelakon Zahiril Adzim dan Adrian Teh di GSC Cinema, Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tak ambil tahu
Ditanya sama ada dia tahu punca perpisahan pula, kata Nafiez, dia tidak mengetahui lanjut mengenai perkara itu malah memilih untuk tidak mengulas panjang kerana enggan ambil tahu.
ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi Hanya Akan Beraya Dengan Niezam Zaidi Bila Dah Halal - “Dia Balik Ipoh, Jadi Kami…”
ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Nafiez Zaidi Nak Peristerikan Fify Azmi Tidak Kesampaian - “Dah Cuba Pertahankan Tapi Dia Berkeras Untuk berpisah”
Mengenai Fify yang dikatakan membantu mempromosikan filem lakonannya di media sosial pula, kata Nafiez bagaimanapun menegaskan dia juga tidak mengetahui perkara itu.
"Saya tak tahu pun dia (Fify) mempromosikan filem lakonan saya dan saya ucapkan berbanyak terima kasih sahaja.
"Mungkin sebab dia pun pernah berlakon dalam filem terbitan ACT 2 Pictures dan saya anggap dia mahu beri sokongan pada produksi lah," katanya.
Kisah cinta Nafiez dan Fify mula diketahui umum sekitar Disember 2021 dan keluarga pelakon itu sudah menghantar rombongan merisik pada Jun 2022.
Namun, hubungan Nafiez dan Fify mula renggang dan menemui titik noktah sekitar Hari Raya Aidilfitri pada 2023.
Baru-baru ini Fify Azmi mendedahkan hubungan cinta dengan Niezam Zaidi yang dibina sejak tahun lalu sudah menemui titik noktah.
Must-Watch Video