Masih agak hijau dalam dunia lakonan, namun pelakon terkenal Azhan Rani memberikan indikasi bahawa Nafiz Muaz bakal menggegar dunia lakonan tanah air.



Berusia 20 tahun dan telah berlakon dalam beberapa buah drama, nama Nafiz Muaz mula dikenali ramai apabila beliau membawakan watak Reza dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti yang ditayangkan di saluran Astro Prima.

sejujurnya aku baru kali ni mengenali dia ni walaupun ini bukan drama pertama dia.. buat pertama kalinya kita bekerjasama aku sampaikan dulu terima kasih kerana menzahirkan watak #niljibrail dengan baik .. memang seronok bermain dengan orang yang boleh bermain.. selamat datang ke dunia penuh liku pancaroba ni ..pegang cita2, betulkan nawaitu .. usaha dan jangan putus doa dan syukur pada Allah.. in shaallah Allah permudahkan perjalanan senimu dik.. @nafizmuaz aku tak akan terkejut satu hari nanti nama ni akan jadi rebutan segala drama/filem kat negara ni nanti.. pandai2 bawa diri .. semoga terus success nanti .. ada rezeki kita kerjasama lagi.. tunggu aksi beliau nanti #telemovie #terimakasihibu #arahan @fairuz_loy #khalidaproduction #akandatang @tv3malaysia @dramasangat

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on


Kata Azhan Rani lagi di dalam sebuah posting di Instagram beliau, “sejujurnya aku baru kali ni mengenali dia ni walaupun ini bukan drama pertama dia.. buat pertama kalinya kita bekerjasama aku sampaikan dulu terima kasih kerana menzahirkan watak dengan baik.



”Memang seronok bermain dengan orang yang boleh bermain.. selamat datang ke dunia penuh liku pancaroba ni ..pegang cita2, betulkan nawaitu .. usaha dan jangan putus doa dan syukur pada Allah.. in shaallah Allah permudahkan perjalanan senimu dik.

Pesanan akhir Azhan Rani kepada semua, “tunggu aksi beliau nanti.”