“Nafiz Muaz, Aku Tak Akan Terkejut Satu Hari Nanti Nama Ini Akan Jadi Rebutan Segala Drama/Filem Kat Negara Ni Nanti” - Azhan Rani

Badrul Hashim
Oktober 30, 2018 21:08 MYT
Masih agak hijau dalam dunia lakonan, namun pelakon terkenal Azhan Rani memberikan indikasi bahawa Nafiz Muaz bakal menggegar dunia lakonan tanah air.
Berusia 20 tahun dan telah berlakon dalam beberapa buah drama, nama Nafiz Muaz mula dikenali ramai apabila beliau membawakan watak Reza dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti yang ditayangkan di saluran Astro Prima.
Kata Azhan Rani lagi di dalam sebuah posting di Instagram beliau, “sejujurnya aku baru kali ni mengenali dia ni walaupun ini bukan drama pertama dia.. buat pertama kalinya kita bekerjasama aku sampaikan dulu terima kasih kerana menzahirkan watak dengan baik.
”Memang seronok bermain dengan orang yang boleh bermain.. selamat datang ke dunia penuh liku pancaroba ni ..pegang cita2, betulkan nawaitu .. usaha dan jangan putus doa dan syukur pada Allah.. in shaallah Allah permudahkan perjalanan senimu dik.
Pesanan akhir Azhan Rani kepada semua, “tunggu aksi beliau nanti.”
#Nafiz Muaz #Azhan Rani