Perkongsian pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah mengenai perit getir dia menjadi seorang ‘janda berhias’ sekitar 20 tahun dahulu menarik perhatian ramai khususnya buat mereka yang mengalami nasib sama.

Menerusi pemantauan Gempak di media sosial, kebanyakan mereka mengambil peluang untuk turut berkongsi kisah sepanjang bergelar janda.

Ada yang setuju dengan pandangan Ifa dan tidak kurang juga sebak dengan luahan pelakon tersebut yang mendoakan supaya dikurniakan suami yang jujur ketika menjadi janda.

“Dua kali dia janda. Perkahwinan kali ketiga dia bahagia. Semua pasangan yang dah berkahwin inginkan zuriat. Kalau belum ada rezeki nak buat macam mana takkan bercerai pula.

“Menafkahi janda walau tiada ikatan. Suami harus betul-betul telus, jujur dengan isteri kalau nak bantu janda yang tiada ikatan. Perkenalkan pada isteri lepas tu biar isteri dan janda yang berurusan. Tak perlu lah suami nak sibuk lagi berurusan dengan janda tu. Begitu juga dengan janda tu tak perlu lagi berurusan dgn suami orang. Baru tidak jadi fitnah dan dicop sebagai perampas”

“Janda tak hina yang hina tu bila janda ganggu kebahagian orang lain yang ingin menjadikan haknya hingga bercerai berai,” tulis beberapa netizen.

Semalam, menerusi rancangan Borak Kelamin episod ketiga, Ifa Raziah banyak berkongsi pengalamannya yang telah diceraikan sebanyak dua kali.

Jelasnya, masyarakat hanya nampak luarannya saja yang ceria, namun hakikatnya banyak terpaksa dipendam sepanjang bergelar janda.

BACA: “Kalau Suami Tak Boleh Bagi Zuriat, Saya Ceraikan Je” - Air Mata Ifa Raziah Tumpah, Rupanya Ada Pahala Nafkahi Janda?



Buat anda yang terlepas episod ketiga Borak Kelamin, program tersebut juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari, Borak Kelamin diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.