Laman Utama
Nafsu Bukanlah Faktor Utama Saya Mendirikan Masjid, Tapi…” - Jasmin Hamid
Pada Jumaat lalu, pelakon versatil, Jasmin Hamid mengejutkan pengikut dan peminatnya apabila dia mengumumkan telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan jiwanya, Nazmir Abd Rahman.
Menerusi laporan media tempatan, difahamkan Jasmin Hamid, 47, bernikah dengan Nazmir, 35, iaitu pengurus dan pembantunya yang telah bekerja dengannya selama lapan tahun.
Menurut Jasmin, dia dan suaminya sebelum ini tidak pernah bercinta dan mengakui sukar untuk menerima seseorang dalam hidup memandangkan sebelum ini dia telah lama hidup sendiri.
BACA : "Jangan Berkecil Hati, Tiada Majlis Pun" - Kembali Bergelar Isteri, Jasmin Hamid Selamat Bernikah
Selain itu, Jasmin turut mendedahkan yang dia tidak menekan Nazmir dari soal hantaran dan hanya meminta barang keperluan solat sahaja. Dan hal tersebut turut menarik perhatian usahawan popular Datuk Seri Vida.
Menurut Vida, dia berasa terharu apabila Jasmin ikhlas dalam mengejar kebahagian dalam berumah tangga.
Mengakui tersentuh dengan komen Vida, Jasmin berkata, dia berasa terharu kerana ramai yang mendoakan kebaikan untuk rumah tangga baharunya itu.
“Masya-Allah. Terharu saya sebab ramai yang mendoakan kebaikan untuk rumah tangga baru saya. Terima Kasih di atas doa dan ucapan selamat. Setiap hamba-Nya dikurniakan rezeki dalam pelbagai bentuk yang berbeza-beza.
“Nafsu bukanlah faktor utama saya mendirikan masjid tapi saya ingin mendapatkan reda dan pahala Allah selepas kami suami isteri, mendapat reda kedua Ibu bapa suami saya dan pahala terbinanya masjid ini, saya sedekahkan buat arwah kedua ibu bapa saya.
“Syukur alhamdulillah. Allah telah kirimkan saya seorang imam untuk bimbing saya masuk ke dalam Syurga Firdaus-Nya. Semoga dengan ikatan suci ini adalah salah satu jalan untuk kami suami isteri lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. I need a husband, I don’t need a friend,” tutupnya.
Pada Jumaat, Jasmin dan Nazmir selamat dinikahkan dalam majlis patuh prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Nazmir dan Jasmin sah bergelar suami isteri sekitar pukul 3.30 petang disaksikan 10 individu termasuk ibu bapa dan adik-beradik Nazmir serta anak Jasmin. Jasmin meminta sepersalinan kelengkapan ibadat, mas kahwin, RM80 dan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan.