Penyanyi Indonesia, Aura Kasih mengakui selera makannya bertambah-tambah selepas pulih dari Covid-19 sebulan lalu.

Jelas Aura Kasih, berat badannya kini sudah bertambah sebanyak lima kilogram ekoran peningkatan selera makannya itu.

"Semenjak kena covid nafsu makan meningkat 5 kali ganda dan hasilnya naik 5kg dalam waktu sebulan,” tulis Aura Kasih.



Biarpun berat badannya bertambah, peminat Aura Kasih masih memuji dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Kata mereka, tak kisah walaupun Aura Kasih bertambah berat badan asalnya sihat dan pulih seperti sediakala.

Seperti diketahui umum, selain Aura Kasih, anak perempuannya, Arabella juga positif virus berkenaan.