Laman Utama
Nagita Slavina Bagi IPhone 12 Dalam Hamper Raya, Netizen Tawar Diri Jadi Pekerja
Selebriti Indonesia, Nagita Slavina masih melakukan rutin memberi hamper raya kepada para pekerjanya.
Walaupun tahun ini bukan tahun yang baik dari segi kewangan kerana ikut terkesan dengan pandemik COVID 19, namun isteri Raffi Ahmad ini tetap menyediakan hamper mewah buat para pekerja yang sudah berkhidmat dengannya selama ini.
Diketahui sebagai seorang yang sangat baik hati dan kerap memberikan barangan mewah kepada para pekerjanya, ternyata Nagita mengulangi perbuatan yang sama sempena Lebaran tahun ini.
Melalui tayangan YouTube milik pasangan suami isteri itu, RANS Entertainment, Nagita memaklumkan telah menyediakan hamper buat para pekerjanya.
"Ada hamper Lebaran, masing-masing dapat satu ya. Buat yang beruntung, ada tambahan di dalamnya," ujar Nagita.
Hamper tersebut berupa pakaian dan wang tunai. Malah ada pekerja yang bertuah kerana mendapat 'bonus' iaitu iPhone 12.
"Alhamdulillah, cuma di RANS isi hampers ada iPhone 12," ujar salah pekerjanya.
Lantaran itu, ramai netizen yang ingin mendaftar diri menjadi pekerja Nagita. Di Twitter, perkataan PNS menjadi tredding. PNS membawa maksud Pegawai Nagita Slavina.
"Pegawai Nagita Slavina, level baru dalam pekerjaan impian pencari kerja," ujar @lulluch seperti dipetik dari Insertlive.
"Satu-satunya PNS yang kuinginkan adalah menjadi pegawai Nagita Slavina," tambah @vdlwlrma.
Instagram: @raffinagita1717
Must-Watch Video