Hiburan
"Naik 3 Kg Bukan Sebab Mak Awak Masak Sedap, Tapi..." - Netizen Mengusik Elfira Loy, Darah Manis!
Pelakon popular Elfira Loy menjelaskan berat badannya naik sebanyak tiga kilogram disebabkan ibunya sentiasa menyediakan hidangan yang lazat.
Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Ibu saya suka cakap saya gemuk tapi dia juga lah yang suka bagi saya makan.
"Saya dah naik 3 kilogram pun dia masih tak sedar lagi," tulisnya berseloroh di ruangan kapsyen.
Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen menidakkan kenyataan Elfira kelihatan berisi.
Lebih menarik perhatian apabila seorang netizen mengatakan berat badan Elfira bertambah disebabkan dia sedang bahagia selepas bertunang dan bukan kerana ibunya yang selalu memasak.
"Awak naik 3 kilogram bukan sebab mak awak, tapi sebab 'relationship' awak, darah manis!
"Awak sedang bahagia, itulah penyebabnya," tulis netizen tersebut.
Elfira telah bertunang bersama lelaki bernama Faris Khairol Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk pada 2 September lalu.
Terdahulu, aktres ini pernah mengikat tali pertunangan bersama penyanyi Sufian Suhaimi namun hubungan mereka terputus pada awal tahun ini.
Must-Watch Video