Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci babak menaiki helikopter dalam muzik video terbaharu, peminat dakwa Sufian Suhaimi masih terikat dengan kisah cinta lama.

Bagaimanapun, Sufian punyai penjelasan tersendiri berhubung makna di sebalik lagunya itu.

"#Mencuba is out now! Setelah setahun saya tak muncul dengan single baru, today is the day.

"Sebuah tulisan buat mereka yang mencuba dalam kehidupan, percintaan, kerjaya, atau dalam apa pun. If its meant to be, it will be.

"Stay strong, stay blessed. Life is beautiful," kongsi Sufian terperinci.

#Mencuba is out now! Setelah setahun saya tak muncul dengan single baru, today is the day. Sebuah tulisan buat mereka yang mencuba dalam kehidupan, percintaan, kerjaya, atau dalam apa pun. If its meant to be, it will be. Stay strong, stay blessed. Life is beautiful. . @ariesmusicpro @the.affiliates @zprivatejetsmalaysia @the_calla #sufiansuhaimi #mencuba #gadismencuba #michaelkors #michaelkorsmalaysia #conversemalaysia #offwhitemalaysia

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_) on


Berita baiknya, single terbaharunya itu telah dilancarkan di platform digital semalam termasuk muzik videonya di YouTube.

Yang menjadi kecohnya apabila muncul pula pelbagai pendapat mengenai relevannya babak dalam helikopter dalam muzik video berkenaan.

Seperti mana umum tahu, bekas tunangnya yang telah selamat mendirikan rumah tangga awal tahun ini, pernah membuat kejutan menaiki helikopter sempena hari jadi Sufian ke-25 sekitar dua tahun lalu.

Jadi, ada antaranya menyifatkan Sufian cuba menyindir kisah cintanya terdahulu dan ada juga yang mengandaikan penyanyi itu masih belum move on.

"Naik heli tak teringat ke yang lepas?" soal salah seorang pengguna.



"Kesian aku tengok budak ni. Orang tu dah kahwin dah pun, kau masih lagi macam ni. Sadis!" tambah pengguna lain.

"Terbaiklah lagu Mencuba ni, memang perli habis lagu ini untuk bekas ex Sufian," tulis yang lain pula.




Di sebalik komen-komen nakal itu, ada antara peminat setianya yang memuji kehebatan lagu baharunya itu dan mendoakan agar Sufian terus sukses.