LAMAN UTAMA

Naik Lagi! Sebanyak 3,684 Kes Dicatatkan Hari Ini, Jumlah Kumulatif Mencecah...

Hanafis Haris 13/01/2022 | 09:18 MYT

Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini masih mencatatkan peningkatan.

Jika dibandingkan semalam iaitu sekitar 3,198 kes, hari ini sebanyak 3,684 kes direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,798,917 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covidnow.

“Data akan dikemaskini setiap hari selepas tengah malam,” katanya.


#Viral #KKM #Covid