gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Berehat Dari Konsert, Cakra Khan Mahu Beri Tumpuan Kepada…
VIRAL
Ibu Zara Qairina Nafi Tuduh Sesiapa, Tidak Kaitkan Kematian Anak Dengan VVIP
BERITA
Muhammad Kekal Nama Paling Popular Di England Dan Wales
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Naik Mahkamah Kes Cerai, Baim Wong - Paula Verhoeven Tak Bertegur

Maliah Surip
Maliah Surip
23/10/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Naik Mahkamah Kes Cerai, Baim Wong - Paula Verhoeven Tak Bertegur
Pasangan selebriti Baim Wong dan Paula Verhoeven pertama kali hadir ke mahkamah selepas hos tersebut memfailkan perceraian terhadap wanita itu baru-baru ini.
Baim dan Paula hadir ke Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia ditemani peguam masing-masing.
Kedua-duanya bagaimanapun tidak banyak memberi kenyataan kepada media tempatan yang berkumpul.
Namun Paula dinilai bersifat ramah dan sering tersenyum kepada media.
“Assalamualaikum, terima kasih teman-teman media yang sudah datang, sudah sabar. Saya mohon doanya semoga berjalan lancar dan semuanya yang terbaik.
“Dan untuk tuntutan cerai saya serahkan kepada mahkamah, saya minta diri ya," ujar Paula Verhoeven seperti dilaporkan Detik.com.
Baim juga dilaporkan banyak berdiam diri tetapi memohon doa agar kes perceraian dapat diselesaikan dengan baik.
Bagaimanapun Paula dan Baim didakwa tidak bertegur atau mempunyai sebarang interaksi saat bertemu.
Terdahulu peguam Paula juga menafikan tuduhan Baim terhadap wanita itu yang didakwa telah melakukan pengkhianatan dan curang sekaligus menjadi punca dirinya mahu bercerai.
“Isu-isu itu tidak betul, ataupun siapa yang mendalilkan akan dibuktikan di mahkamah," ujar Alvon mewakili Paula.
Pasangan ini mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan selama enam tahun.
Topic Berkaitan
#cerai
#Baim Wong
#Indonesia
#Mahkamah
#Paula Verhoeven
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement