Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi mencuri perhatian ramai apabila menaiki penerbangan kelas ekonomi seperti rakyat kebanyakan.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna yang merupakan kru kabin penerbangan tersebut berpeluang merakamkan detik penerbangan bersama Jokowi untuk tatapan umum.
@surya.0202

##surya.0202##IG.jericoico007##fypシ ##fyp ##salamanakrantau???️?? ##burungbesi✈️? ##presidenRI?? ##lovepresidenjokowi

♬ original sound - D.Kusmintarko@ - "??? ???????Դճ"

Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit itu lagi, Jokowi sedang duduk tenang di bahagian tepi tingkap kapal terbang.

Kehadirannya yang mula disedari khalayak ramai menjadi kecoh apabila ramai yang mengeluarkan telefon pintar masing-masing untuk tujuan bergambar kenangan.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya Indonesia memberikan pujian terhadap pemimpin berjiwa rakyat itu.

Tidak kurang juga ramai yang mengimpikan akan bertemu dengan presiden Jokowi secara santai suatu hari nanti.

@cemara546:Beliau sangat dicintai rakyat ya dengan kesedarhanaan ya.”

@Shoffa:Pak jokowi adalah presiden yang berkarisma tinggi. Setiap yang memandang bahagia dalam hati.”

@Kirrey:Beliau orang terhormt tapi tetap ngasor sederhna, tidak sombong.”

@yunie septana putra:Kalau aku jumpa Pak Jokowi pasti aku peluk tak ku lepas.”

@Juli salwa:Betul-betul pemimpin yang peduli rakyatnya, hidup dengan kesederhanaan, naik peswat pun peswat penumpang biasa-biasa aja.”

@YOSS:Dah disiapkan pesawat, dia tetap merakyat naik pesawat kelas ekonomi.”

@hermawan84:Itu penumpang lainnya pasti kaget dan juga bahagia bisa bersua dengan bapak presiden.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan di platform TikTok.