Naik ‘Sheikh’ Lepas Jaringkan Gol, Tindakan Pemain Ini Berbogel Akhirnya Membawa Padah Apabila...

Hanafis Haris
Disember 30, 2020 05:19 MYT

Malang buat pemain bola Paraguay apabila kegembiraannya menjaringkan gol bertukar menjadi satu tragedi besar buat dirinya.

Ini kerana cubaannya untuk melondehkan seluar selepas membuat jaringan kini menjadi kontroversi.

Akibatnya, pemain tersebut, Raul Bobadilla terpaksa membuat permohonan maaf kepada isterinya.

"Saya menyesal dengan cara saya meraikan gol. Saya harap isteri saya tak tengok.

"Dia patut bertenang. Ini semua untuknya," kata pemain itu.

Difahamkan, ketika kejadian, pengadil tidak mengambil sebarang tindakan ke atasnya.

Walaubagaimanapun, siasatan kini sedang dijalankan atas aduan yang diterima.

“Kami tidak menerima sebarang aduan bertulis, namun menyedarinya selepas melihat berita di media.

“Siasatan akan dijalankan,” kata wakil liga Paraguay.

Sumber : Daily Star

#Viral #Bogel #Bola #Paraguay