Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Naim Daniel Botakkan Kepala Demi Projek: Exit

Umirah Halim
15/02/2024 12:00 MYT
Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel sanggup mengorbankan rambutnya demi merealisasikan watak lakonannya di dalam sebuah drama bersiri yang berjudul Projek: Exit.

Menurut Naim, imej ini merupakan tuntutan bagi watak seorang ‘budak nakal’ yang menjual bahan terlarang demi mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan keluarganya.
“Drama ini saya memegang watak sebagai Ucop iaitu antara budak yang masuk sekolah pemulihan akhlak sebab sebelum ini dia jual dadah.

"Kerana itu juga saya memilih untuk membotakkan kepala ini sebab sebelum ini rambut saya dah panjang dah, dan pihak produksi meminta saya untuk botakkan kepala jadi saya buat lah.
"Untuk kali ini memang saya nak bawakkan kelainan juga supaya orang boleh membezakan watak saya disebabkan itu juga saya buat keputusan untuk tukar penampilan kepada rambut botak,” kata Naim kepada Gempak.

Berita Trending: Naim Daniel Cabar Diri Main Dua Karakter Yang Berbeza Di Dalam Naskhah I.D

Naim berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media lawatan ke set pengambaraan Projek: Exit di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Projek Exit merupakan sebuah drama bersiri terbitan Astro Shaw di bawah jenama Astro Originals yang bakal ditayangkan September ini.

Antara barisan pelakon hebat yang lain termasuk, Shasha Aebdul, Naim Daniel, Nabila Huda, Kimberly Chuah dan ramai lagi.
Sinopsis Projek: Exit Setelah gagal dalam percubaan untuk membunuh diri, seorang remaja perempuan dengan masalah depresi dihantar ke asrama juvana/ pusat pemulihan akhlak. Dia bertemu seorang remaja lelaki dengan penyakit “cystic fibrosis” di mana mereka berdua berkomplot untuk lari dari pusat itu.
#Botak #Rambut #Naim #Daniel #Projek:Exit
;