Naim Daniel, Datuk Jamal, Faizal Tahir, Raihan Semarakkan Garden Of Eid Festival, Eh Ahmad Pun Adalah!
Mya Amri
24/05/2022 05:10 MYT
24/05/2022 05:10 MYT
Buat julung kalinya Kuala Lumpur Garden of Eid festival 2022 mempersembahkan sebuah festival yang bersifat Islamik namun santai dan menghiburkan iaitu Garden of Eid Festival (GOE).
Garden of Eid Festival diilhamkan bersempena terjemahan aksara Garden yang membawa maksud taman yang digambarkan dalam Al Quran sebagai Jannah atau syurga.
Garden of Eid Festival juga menjadi acara yang meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Menepati konsep festival yang melestarikan kerohanian dan agama namun disampaikan dengan lebih santai. Justeru, ia menampilkan pendekatan termasuk hiburan yang sesuai syariah sekaligus mengusung pendidikan bermanfaat buat semua lapisan masyarakat.
Menggabungkan barisan selebriti popular diketuai oleh kumpulan yang banyak mengharumkan nama negara iaitu, Raihan.
Selain itu, Garden of Eid Festival juga disemarakkan dengan nama-nama yang sentiasa menyebarkan mesej positif dalam setiap karya yang dihasilkan antaranya Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim Daniel.
Manakala Altimet pula yang diberi tanggungjawab sebagai hos akan muncul dalam persembahan kerohanian pada 28 Mei 2022, 8.30 malam di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur.
Istimewanya lagi untuk malam penutup Garden Of Eid, penyanyi terkenal, Ahmad Dhani diterbangkan khas dari negara jiran untuk muncul dalam sebuah persembahan ‘Malam Munajat Cinta’ pada 29 Mei 2022, 8.30 malam di Panggung Anniversari.
Pastinya para pencinta muzik dan elemen kerohanian merindui kemunculan pemuzik handalan ini dan tidak mahu ketinggalan menyaksikan persembahan yang akan mempamerkan kelainan dan keistimewaan tersendiri.
Tidak semata mata mengangkat hiburan, festival ini turut menonjolkan gaya hidup masyarakat masa kini tanpa membelakangkan agama dan kekal dengan nilai nilai murni lewat pelbagai aktiviti untuk generasi muda seperti pertandingan papan seluncur (skateboarding).
Malah, pendekatan pendidikan kanak kanak juga disuntik secara santai dengan kemunculan karakter animasi Islamik yang sudah mendunia iaitu Omar & Hana, Didi & Friends serta Ejen Ali.
Dengan tema The Great Reunion, antara aktiviti selama tiga hari sepanjang festival ini adalah sesi perkongsian motivasi dan bual bicara santai tentang kemanusian dan pendidikan Islam secara general.
Segmen ini berkolaborasi bersama aplikasi Islamik Qalby oleh Mizz Nina dan Ahlan Academy.
Jika sudah namanya festival, tidak lengkap ia tanpa acara ‘makan-makan’. Makan beragam jenis juadah yang berkonsepkan ‘Flavors of Malaysia’ dijual dari food truck akan memenuhi cita rasa pengunjung.
Bonusnya pula adalah budaya sambutan perayaan dari beberapa negara Nusantara dan jiran termasuk Brunei, Indonesia dan Thailand siap menyapa pengunjung.
Garden of Eid berharap karnival ini dapat dijadikan acara tahunan bagi merancakkan ekonomi, menaikkan industri seni dan menjadi produk pelancongan (halal tourism) bagi Kuala Lumpur Malaysia.
Garden of Eid sudi membuka peluang kepada Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendukung acara ini buat masa hadapan.
Sekaligus kepada Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bekersama di masa akan datang bagi menyajikan program-program yang dianggap dapat menarik pelancong-pelancong luar untuk mempelajari cara- cara sambutan Aidilfitri juga budaya- budaya di Malaysia.
Meski negara sudah memasuki fasa endemik, festival yang menjangkakan kehadiran masyakarat dari pelbagai latar belakang dan negara ini dipastikan mematuhi segala peraturan dan SOP yang ditetapkan kerajaan sebagai langkah mengekang sekaligus menghapuskan rantaian COVID 19.
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial atau laman web Garden Of Eid.
Festival Garden Of Eid akan bermula pada 27 hingga 29 Mei di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.