Penyanyi Iman Troye mencuri perhatian apabila memuat naik foto duduk atas pelamin memakai persalinan hijau seakan mengadakan majlis pertunangan.

Lebih mengejutkan apabila Iman pada mulanya meletakkan tag nama penyanyi Naim Daniel pada bahagian bunga yang dipegang dalam foto yang dikongsi menerusi Instagram itu.

"Alhamdulillah," tulis Iman ringkas sebagai kapsyen diikuti emoji berbentuk hati.

Gempak telah menghubungi Naim untuk mendapatkan keterangan mengenai perkara tersebut.

"Tak ada apalah, sebenarnya sebelum Iman kongsi gambar itu dia ada maklumkan kepada saya.

"Dia tanya, 'macam ni okay tak?', itu hanyalah cara kami berdua bergurau. Sebelum ini kalau kami tak kongsi sesuatu yang 'fishy' pun orang suka kaitkan macam-macam," katanya.

A post shared by ???? ?????? ????????? ? (@imantroye)


Dalam pada itu, Naim juga memohon maaf sekiranya gurauan itu mendatangkan ketidakselesaan sesetengah pihak.

"Apabila Iman buat macam itu, saja nak bergurau dengan orang, saya pun dah dimaklumkan lebih awal, maaflah kalau mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Terdahulu, Iman dan Naim pernah digosipkan menjalin cinta namun mereka menafikan dakwaan tersebut.

Menerusi tinjauan Gempak ketika artikel ini ditulis, tag nama Naim pada gambar tersebut juga telah dipadam oleh Iman.