Naim Daniel Pula Join Shuib, Buka Kedai Air Minuman Di Semenyih - "Tahniah Anak Muda, All The Best"

Azwa Rahman
Oktober 5, 2021 09:17 MYT
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel memanjatkan kesyukuran apabila bakal membuka sebuah cawangan air minuman Bubble Bee di Semenyih.
Menerusi laman sosial Instagram, Naim berkongsi sebuah video melawat tapak kedai yang sedang dalam pembinaan bersama Shuib Sepahtu.
“Bubblebee mendarat di Semenyih! Alhamdulillah, Allah maha besar.
“Penantian sudah hampir berakhir. Bubblebee dah nak buka dekat Eco Majestic Semenyih! Ayuh abangku @shuibsepahtu @bubblebeemalaysia_hq,” tulis Naim di ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, Naim dan Shuib meninjau keadaan kedai yang masih dalam pembinaan untuk beroperasi tidak lama lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan kata-kata sokongan pada Naim untuk terus maju dalam bidang perniagaan.
Mantaplahhh cawangan Semenyih,” komen seorang wargamaya.
Tahniah dah ada outlet sendiri,” ucap seorang wargamaya.
Yang ni paling power, all the best,” ujar seorang wargamaya.
Alhamdulillah tahniah Naim. Saya duduk Eco Majestic. Tak sabarnya,” kata seorang wargamaya.
Akhirnya Semenyih dah ada tempat boleh lepak. Dah banyak variasi tempat menarik,” sokong seorang wargamaya.
“Tahniah anak muda. Perancangan yang baik dik Naim,” puji seorang wargamaya.
Tahniah Naim. Suara sedap, pandai tulis lirik, humble dan sangat berbakat. All the best Naim,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan daripada wargamaya.
Selain Naim, antara selebriti yang telah membuka cawangan jenama air minuman yang sama adalah Hairul Azreen dan Nabil Ahmad.
#Shuib SepahTu #Naim Daniel #Bubble Bee #Eco Majestic Semenyih