Hiburan

Naim Daniel Sebak Nyanyi Lagu Seribu Tahun Masa Resepsi Mira & Emir

gempak
Zulaikha Yusof
08/09/2020
00:48 MYT
Sponsor Banner
Naim Daniel Sebak Nyanyi Lagu Seribu Tahun Masa Resepsi Mira & Emir
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel akui berasa sebak sewaktu menyanyikan lagu Seribu Tahun nyanyian asal Imran Ajmain ketika majlis resepsi pelakon Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar pada Ahad lalu.
Menurut Naim, situasi bertambah emosi selepas dia melihat Emir memegang erat tangan Mira.
"Tiba-tiba teremosi pula tampil Seribu Tahun hari ini, tambahan pulak masa bahagian lirik jangan putus harapan sedia setia.
"Itulah saat saya melihat Wan Emir Astar genggam tangan Mira Filzah kuat-kuat," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelantun lagu Sumpah turut menitipkan doa buat pasangan sama cantik sama padan ini.
"Hari yang indah untuk mereka dan saya mendoakan yang terbaik dan yang terbaik untuk pasangan ini.
"Terima kasih kerana mempercayai saya untuk membuat persembahan di hari bahagia awak berdua," tulisnya lagi.
Majlis resepsi Mira dan Emir berlangsung meriah di A-Park, Puchong, yang dihadiri teman rapat, rakan selebriti dan media.
ARTIKEL BERKAITAN: Pants Dress Biru Mira Filzah Jadi Bualan Netizen, Rico Rinaldi Siapkan Dalam Masa 130 Jam Saja!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live