Penyanyi kumpulan UNIC, Wan Najdi Wan Mohd Noh selamat menimang cahaya mata ketiga pada 1.10 pagi tadi.

Wan Najdi atau dikenali sebagai Najdi UNIC bersyukur kerana isterinya, Norzareen Rahim selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3 kilogram secara normal.

“Alhamdulilah ibu dan bayi selamat dan berada dalam keadaan yang sihat.

“Saya bersyukur kerana semua proses berjalan dengan lancar,” katanya kepada Gempak ketika dihubungi.

Menurut Najdi, dia sudah mempunyai nama untuk puterinya itu iaitu Wan Nur Medina iaitu sempena ibadah umrah yang dijalani olehnya dan isteri tahun lalu.

“Sebenarnya kami menganggap bayi ini rezeki selepas kami sama-sama pulang dari mengerjakan Umrah tahun lalu.

“Isteri disahkan hamil anak ketiga ini selepas kami pulang dari tanah suci, jadi kami namakan dia Nur Medina sempena nama kota Madinah,” jelasnya.

Najdi yang juga penceramah bebas dari program Imam Muda musim kedua itu bernikah dengan Norazreen pada 29 Januari 2016.

Pasangan itu turut dikurniakan dia cahaya mata yang lain Wan Nur Maisarah, 3, dan Wan Musthafa, 1 tahun.