Terkini

Najib Asaddok Rasa Bersalah, Ini Tindakan Agresif Terpaksa Diambil …

gempak
Amri Hassan
22/08/2022
07:16 MYT
Sponsor Banner
Najib Asaddok Rasa Bersalah, Ini Tindakan Agresif Terpaksa Diambil …
Jurulatih pemasaran dalam talian terkemuka, Najib Asaddok meluahkan rasa bersalah apabila ramai lagi peniaga tak dapat dibantu dengan keadaan ekonomi tidak menentu, harga barang naik, untung makin nipis dan bisnes makin tenat.
Najib, 39, atau nama sebenarnya Mohd Najib Asaddok berkata, dia banyak menerima mesej melalui emel dan media sosial yang meluahkan rasa risau dan gelisah mengenai keadaan mereka.
"Ramai yang mengadu pelanggan dah kurang dan susah nak tarik pelanggan baru. Kos barang naik dan untung makin nipis. Saya fikir, saya perlu buat sesuatu dan tak boleh duduk diam," katanya.
Atas inisiatif ingin membantu, Najib menganjurkan program Mega Momentum Bisnes 2022 (MMB 2022) yang dihadiri 1,000 usahawan secara percuma di Shah Alam Convention Centre.

Najib Asaddok ajar cara tarik pelanggan

Menurut Najib, menerusi program itu peserta diberikan strategi-strategi terkini berkaitan pemasaran dalam talian yang peniaga boleh gunakan dengan mudah.
"Dalam sesi MMB 2022 peserta fokus pada bagaimana mereka boleh menggunakan platform media sosial terutamanya untuk menarik perhatian pelanggan dan tingkatkan jualan walaupun dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar ini.
“Kami dimaklumkan ada yang tidak dapat hadir sesi ini atas faktor kesihatan, urusan keluarga dan kerja hujung minggu. Keadaan ini buat saya terfikir untuk buat sesuatu supaya dapat sampaikan juga strategi dan teknik pemasaran dalam talian kepada peniaga yang sangat memerlukan," katanya.

Tak sempat belajar

Dalam masa sama, Najib menerusi syarikatnya Momentum Internet membina platform E-Learning khas yang dinamakan Momentum Roket di MMB 2022 bagi membantu peniaga untuk belajar dan membuat rujukan strategi serta teknikal pemasaran dalam talian pada bila-bila masa.
"Momentum Roket ini memudahkan peniaga untuk belajar teknik dan strategi pemasaran terkini dan boleh diakses dari mana-mana sahaja selama 24 jam sehari. Video-video terbaru dimuat naik setiap bulan untuk terus bantu peniaga-peniaga dapat info dan strategi terkini.
"Momentum Roket memudahkan peniaga kerana mereka tidak lagi perlu menunggu hari program atau kelas untuk belajar strategi dan teknikal. Tidak perlu risau sibuk atau tidak sempat, sebab semuanya bergantung pada peniaga untuk akses bila-bila saja. Terdapat juga komuniti untuk bertanya soalan dan pendapat," katanya.
Platform ini juga mempunyai komuniti khas di dalamnya untuk bertanya soalan dan juga bertukar pendapat dengan orang lain. Momentum Roket ini dilengkapi dengan sistem webinar, dimana para peniaga boleh sertai kelas secara dalam talian di dalam platform tersebut.
Momentum Roket yang boleh di akses secara percuma selama 14 hari ni boleh didapati melalui www.momentumroket.com untuk beri peluang pada peniaga dan Usahawan untuk mencuba terlebih dahulu dan tiada sebarang caj dikenakan dan bila bila masa langganan boleh dihentikan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live