Laman Utama
Najib Cadang Pengeluaran 'One-Off' KWSP Sebelum Ramadan, Ramai Sokong!
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan agar kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP secara 'one-off' sebanyak RM10,000 sebelum Ramadan.
Beliau berpendapat masa tersebut yang paling tepat kerana pembayaran dividen juga sudah dibuat.
Najib turut mencadangkan empat langkah yang wajar dipertimbangkan kerajaan bagi memulihkan semula baki KWSP yang rendah.
“Dan sekiranya dibenarkan, saya juga harap kerajaan pertimbangkan empay langkah ini bagi memulih semula baki simpanan KWSP yang rendah bagi mereka yang masih terjejas akibat Covid,” katanya menerusi hantaran di Facebook..
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut menyokong pandangan disuarakan mantan Perdana Menteri itu.
“Terbaik DSNR.. Semua rakyat yang kesempitan sekarang berterina kasih di atas keperihatinan DSN. Moga segala usaha dipermudahkan.. Pelbagai saranan yang bernas bagi membantu rakyat di akar umbi.”
“Rasanya masa dekat bulan puasa dan hari raya ni lah paling sesuai untuk kerajaan meluluskan KWSP one off RM10,000...Rakyat amat memerlukan. Semoga usaha DSN tidak disiakan kerajaan demi membantu rakyat.”
“Terima kasih DSNR atas usaha tidak henti untuk berjuang mendapatkan hak kami, duit kami untuk keperluan kelangsungan hidup.
Semoga Allah swt membalas segala kebaikan DSNR...”
Antara komen dan harapan yang dikongsi netizen kepada Najib.
Sehingga hari ini, kebanyakan pencarum masih mengharapkan pengeluaran RM10,000 secara ‘one-off’ selepas menerima dividen sebanyak 6.10% daripada KWSP sejak 6 Mac lalu.