Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Najwa Latif Dedah Momen Indah Suami Lamar Kahwin Dalam Kereta - "Saya Nangis, Sebab Waktu Tu Tengah ..."

Asyikin Mayudin
30/11/2022 08:55 MYT
Penyanyi Najwa Latif antara selebriti yang tidak pernah berkongsi mengenai hubungan cintanya kepada umum namun tiba-tiba saja berkahwin dengan rapper, Akwa Arifin.

Menerusi perkongsian di Instastory, Najwa menjawab salah satu pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui bagaimana Akwa melamar penyanyi itu.

“Kalau bab propose ini… bertunang itu kira lamaran juga la kan. Cuma Akwa ada buat lepas bertunang sebelum kami berkahwin, Akwa ada melamar Wawa,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, Akwa mendedahkan dia mendapat ilham untuk membuat lagu lamaran ketika melihat Najwa sedang tidur menerusi panggilan video.

Sebaik sahaja lagu tersebut sudah siap, Akwa dengan beraninya melamar penyanyi yang dikenali menerusi lagu Cinta Muka Buka itu ketika mereka berjumpa dalam kereta.

“Mula-mula saya terfikir macam nak melamar Wawa dengan cara special? Ada satu hari tu, saya terfikir why not saya tulis lagu untuk Wawa. Waktu itu kami tengah FaceTime dan Wawa dah tertidur.

“Ketika itu, lebih tenang la saya nak menulis lagu… lebih senang nak dapatkan inspirasi waktu Wawa tidur… lewat juga waktu itu. Siap lagu itu, saya melamar dia dalam kereta,” kongsinya.

Sementara itu, Najwa turut mengakui dia yang ketika itu sedang melalui hari sukar terus mengalirkan air mata selepas dilamar.

“Dan saya menangis… sebab waktu itu saya tengah lalui bad day. Waktu itu juga la Akwa nak melamar… biasalah, waktu kita busuk la dia propose,” kata Najwa.

Untuk info, Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa pada 11 November lalu dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di Batu Pahat, Johor.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Najwa Latif #Najwa #Akwa Arifin #Akwa #Akwa melamar #Najwa Akwa
;