Najwa Latif Jawab Isu Sudah Berkahwin, Kongsi Tips Nak 'Move On'

Elrafaei Sapi
November 9, 2018 07:07 MYT
Penyanyi popular, Najwa Latif antara selebriti yang bukan saja mempunyai vokal yang sedap tapi aksinya di media sosial membuatkan ramai peminatnya terhibur.
Dalam satu video yang dikongsi netizen di media sosial menunjukkan Najwa menjawab beberapa soalan yang dilontarkan peminatnya secara spontan dalam kereta.
Menariknya, ada jawapan yang diberikan lebih kepada bentuk jenaka buat peminatnya.
"Kalau tak pakai 'make up' terkejut sikit tengok cermin tapi kalau pakai 'make up' terkejut banyak beb," katanya dalam video tersebut.
Dalam beberapa soalan peminat itu, ada juga peminat bertanya status penyanyi itu sama ada sudah berkahwin atau belum.
"Nampak macam dah tapi hakikatnya belum. Siapa kata sedih, tak sedih," katanya.

najwa latif ni since dh tak menyanyi and sambung belajar aku makin suka tgk story dia? aku boleh gelak sorang2? maybe org ckp biasa je , but aku gelak nak buat cmne? “Singel ke taken , singel tu apa”? pic.twitter.com/L07lXUOh6V

— Ampadu (@zahinoch) November 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Najwa juga berkongsi tips untuk 'move on' atau teruskan kehidupan dengan cara makan sampai penat.
"Kalau kawan tikam belakang, nak tikam balik ke macamana? jangan main tikam-tikam. Simpan saja pisau tu, 'move on' okey," katanya.
Menerusi status di Instagramnya, @njwalatif, dia sebelum ini banyak berkongsi video yang dirakam dari dalam keretanya.
"Kehidupan selalu nampak dalam kereta sebab kalau pegang telefon kat luar macam ni rasa macam pelik," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
#Najwa Latif