Laman Utama

Najwa Latiff Kembali Dengan Dua, Peminat Teruja! – “OMG Sweetnya Najwa & Akwa, Kahwin Pleaseee…”

Fiza Kamarudin
22/10/2020
01:45 MYT
Penyanyi yang pernah hit dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latiff kembali dengan single terbaru berjudul Dua, kolaborasi bersama Akwa Arifin.
Menariknya, selepas muzik video dilancarkan sejak 15 Oktober lalu, rata-rata peminat berkongsi rasa teruja dengan single terbaru tersebut di laman sosial Youtube Najwa.
“Kosong dengar masa sekolah rendah, Satu dengar masa dekat asrama sekolah menengah, Dua dengar kat kolej.
“Hahahaha…mesti ada kak Wawa punya lagu teman aku dalam life ni. Next song, 'Tiga' entah-entah time aku dah kerja atau kahwin,” komen seorang peminat.
Menerusi lagu Dua, Najwa sekali lagi tampil berkolaborasi bersama Akwa Arifin dan telah mencetus spekulasi kedua-dua penyanyi berbakat ini sedang bercinta.
“Weh serious couple betul kan? Please la kahwin…Sumpah, sweet korang!”
“ Akwa kena tangung jawab, jangan kasi kasi fake hope kat fans..huaaa…Sweet la..Adoii…”
“Kahwin pleaseeeeeee haha…”
Tulis peminat pada ruangan komen di Youtube sambil menggabungkan kedua-dua nama penyanyi ini sebagai ‘AkWaWa’, yang didakwa mempunyai hubungan istimewa.
Mengulas mengenai Dua, Najwa berkata proses penciptaan lagu tersebut bermula sekitar 2013, kira-kira tujuh tahun lalu.
Tambahnya lagu lagu Dua juga sepatutnya merupakan lagu pertama kolaborasinya bersama Akwa, sebelum ‘Tak Kisah Pun’.
“Sepatutnya lagu lagu Dua dulu yang patut saya nyanyikan bersama Akwa, tapi tak apa…Mungkin ada hikmah lagu ini tertangguh.
“Tambahan pula ini merupakan single kedua syarikat rakaman saya sendiri NL Entertainment serta lagu kolabrasi kedua Bersama Akwa.
“Cuma saya harap, ini di terima baik seperti mana lagu Kosong dan Satu serta secara tidak langsung merupakan nombor susunan.
"Perjalanan dan pembikinan lagu ini sangat santai, semuanya dihasilkan dalam tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
“Sebenarnya, versi akustik lagu ini sudah dimuat naik di YouTube setahun yang lalu. Disebabkan ramai yang suka, kami setuju untuk merakamkannya,” katanya.
Lagu Dua dihasilkan oleh Najwa dan adik beradik yang menggelarkan diri mereka sebagai Ellgee, manakala liriknya dihasilkan dengan kerjasama Akwa.
Dua berkisarkan tentang menerima seseorang itu seadanya. Kali terakhir Najwa mengeluarkan single adalah sekitar June lalu, iaitu Tak Kisah Pun yang telah mencecah 3.2 juta tontonan di Youtube.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Naim Daniel Cabar Diri Main Dua Karakter Yang Berbeza Di Dalam Naskhah I.D

gempak
09/02/2024
13:00 MYT
Pelakon dan penyanyi Naim Daniel mengakui tugas memegang dua watak berbeza dalam drama siri premium terbaharu, Astro Originals, I.D yang bakal ditayangkan pada 23 Februari ini sebagai satu hal yang agak sukar dan mencabar dirinya sebagai anak seni sepanjang karier lakonannya.
Laman Utama

Ramai Rindu Siap Mahukan Konsert Solo! Najwa Latif Komen - “Belum Rasa Layak, Thank You Bagi Potato Ni Rasa Special Tau"

gempak
26/12/2023
03:55 MYT
Ramai rindu dekat Wawa tau.
Laman Utama

[VIDEO] Najwa Latif Akhirnya Jawab Dakwaan Sudah Hamil - “Doakan Yang Baik-Baik…”

gempak
11/07/2023
02:55 MYT
Doakan yang baik-baik.
Laman Utama

[VIDEO] “Matematik Form 1 Pun Dah Susah, Dia Lagi Power!” - Ikut Jejak Langkah Kakak, Adik Najwa Latif Genggam Master

gempak
17/12/2022
06:33 MYT
Pandai-pandai adik-beradik Najwa Latif ni, congrats.
Laman Utama

Najwa Latif Dedah Momen Indah Suami Lamar Kahwin Dalam Kereta - "Saya Nangis, Sebab Waktu Tu Tengah ..."

gempak
30/11/2022
08:55 MYT
Ouh begitu rupanya Akwa melamar Najwa...