UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

“Nak Abang Dukung Ke?” - Tular Gelagat Nadhir Nasar Layan Kanak-Kanak, Netizen Pula Yang Jatuh Hati

Ainun 19/01/2025 | 13:55 MYT

Pelakon Nadhir Nasar mencuri perhatian netizen apabila gelagatnya memujuk seorang kanak-kanak yang merajuk kerana terpaksa menunggu lama untuk bertemu dengan aktor tersebut tular di aplikasi TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik, Nadhir, atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, dilihat berjalan menuju ke arah kanak-kanak yang terbaring di atas jalan, sebelum memujuknya untuk bergambar bersama.
"Adik, bangun. Tak nak bangun? Jom kita ambil gambar bersama.

“Nak abang (panggilan Nadhir) dukung ke? Okay jom," katanya.

Kejadian tersebut berlaku ketika kanak-kanak itu menghadiri acara larian sempena Malaysia Breakfast Day yang diadakan di Putrajaya pada pagi Ahad.
Bagaimanapun, tindakan spontan dan mesra aktor tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya memuji sikap prihatin Nadhir terhadap peminat, terutamanya golongan kanak-kanak.
Pada masa sama, ibu kepada kanak-kanak dikenali sebagai Arash itu turut menceritakan kisah sebenar yang menyebabkan anak lelakinya berkelakuan sebegitu.
Kata ibunya, anaknya merajuk kerana menunggu terlalu lama untuk bertemu dengan pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi itu.

BERITA TRENDING: Mesra Berpelukan Dengan Peminat, Netizen Dedah Sifat Keperibadian Jefri Nichol - “Dia Memang Begitu Kalau…”

BERITA TRENDING: “Jangan Salah Faham, Bukan Amal Konsep 'Child Free'” - Julia Farhana Pilih Pakai IUD, Mahu Fokus Belajar Sampai PhD

BERITA TRENDING: Ditanya Tentang Pertuturan, Andika Putera Tak Sentap, Mengaku Pelat R & S - “Tak Pernah Kisah Pun Apa Orang Nak Kata”

BERITA TRENDING: “Adik-Beradik Pun Boleh Gaduh” - Perselisihan Faham Antara Elly Mazlein & Nabil Ahmad Kembali Jernih Semula

"Dia moody sebab lama sangat tunggu Nadhir nak turun dari atas sebab Nadhir kena tunggu sampai semua orang habis lari. Dia boleh terbaring atas jalan tu," ujarnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu melihat aktor berkenaan memberi layanan istimewa terhadap kanak-kanak tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:

#Netizen #Tular #Jatuh #Hati #Budak #Nadhir Nasar #Gelagat
;