Hiburan
"Nak Adik Ke Sayang Ibu ..." - Siti Nurhaliza Beri Hint Nak Tambah Anak
Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik rakaman video anaknya, Siti Aafiyah semalam.
Menerusi video di Instagram (IG), Aafiyah bergelak sakan melihat foto bayi lain malah bertindak mencium dan memeluk apabila didekatkan.
"Nak adik ke sayang ibu?..sabar naa, ibu habiskan konsert #sitinurhalizaontour dulu," tulisnya sambil seloroh.
Rata-rata mengakui terhibur melihat gelagat Aafiyah dan mereka juga tidak melepaskan peluang untuk mengusik Siti serta turut mendoakan Aafiyah akan mendapat adik nanti.
Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Anta Permana ini akan mengadakan konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour, ia akan bermula pada 21 Februari di Indonesia, 2 Mac di Singapura, 16 Mac di Kuala Lumpur dan 22 April di Royal Albert Hall, London.