"Nak Ajak You Teman Ehem Ehem..."-Lelaki Tawar Duit RM5000 Ajak Gadis “Phone S*x”

Shahrin Zulkifle
Jun 24, 2022 08:36 MYT

Seorang lelaki cuba mengupah seorang gadis dengan menawarkan sejumlah wang sebanyak RM5000 untuk membuat panggilan video dan melakukan adegan lucah kini tular di media sosial.

Hal itu dikongsi sendiri oleh mangsa yang dikenali sebagai Janna menerusi satu ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya.

Mangsa juga turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama individu terbabit sebagai bukti.

Lelaki yang menggunakan nama Amirul itu telah mengajak Janna untuk melakukan adegan tidak senonoh melalui panggilan video.

“Nak ajak you teman ehem ehem sebenarnya. You tengok je. Bukan buat sekali.

“I bayar, sekali video call RM 2000. Tapi ini rahsia kita,” tulis lelaki itu.

Janna menjelaskan, pada mulanya dia hanya membalas sapaan lelaki itu di Instagram kerana menggangap individu itu ingin bertanya sesuatu tanpa menyangka perkara buruk ini terjadi.

“Saya tengah main Instagram, sambil tu check DM sekali ada request dari dia dan saya terima jela kerana selalunya mereka yang DM saya nak tanya saya beli baju dekat mana, kadang lepak mana.

“Saya pun balas lelaki itu, kemudian dia meminta pertolongan dari saya dan saya bertanya berkenaan apa.

“Secara tiba-tiba dia menghantar mesej untuk menemani dia melakukan perkara tidak elok melalui panggilan video.

“Lelaki itu berkali-kali cuba mengajak saya sehingga dia menawarkan saya untuk menaikkan bayaran dari RM2000 kepada RM5000.

“Tapi saya bukan semudah itu, saya tidak termakan langsung dengan duit sebab tidak semudah itu orang akan beri kita duit sebanyak itu,” jelasnya.

Janna juga telah menyekat akaun lelaki berkenaan.

Rentetan perkara itu, Janna turut berpesan kepada semua wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati ketika menggunakan platform media sosial.

“Selagi kita boleh privasi akaun kita, kita lakukanlah. Sebab kita tidak mahu orang sewenangnya menggunakan gambar kita untuk tujuan tidak baik.

“Seperti maklumat di mana kita tinggal, tempat kerja kita tidak perlu dikongsikan di media sosial.

“Kalau rasa seseorang itu mencurigakan, abaikan sahaja dia,” pesannya.

GIRL OUT THERE!!! Klau jantan ni follow korg pls la jgn FOLLOWBACK! Report terus wehh korg. Bantuin guwe sebarkan kekotoran mamat ni supaya girl lain tk terkene jugak pic.twitter.com/NjzHmWAl8l

— janna (@r0sethang) June 21, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Twitter #Janna #Lelaki Gatal