Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Nak Aku Kerja Bagi Kau Makan?”- Tanggung Biawak Hidup, Pachara Apin Dakwa Afiq Muiz Lelaki Dayus Pukul Perempuan & Main Game Saja

Syafiqah Jalal
31/03/2023 02:04 MYT
Isteri pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin tampil selepas dituduh suaminya berlaku curang selain mengamalkan gaya hidup bebas seperti minum arak dan sebagainya.

Kata Pachara selama ini dia menanggung biawak hidup kerana suaminya tidak bekerja dan hanya tingggal dirumah dengan hanya meluangkan masa yang lama bermain game (permainan digital).

"Banyak idea kau untuk memalukan saya sekarang. Cakap saya bukan siapa-siapa lagi dalam hidup? jadi apa yang kau sedang buat sekarang ini? Kenapa tak beri kerjasama lepaskan saya?

"Takkan kau masih nak saya kerja bagi kau makan lepas itu kau pukul-pukul lagi setiap Jumaat Sabtu?

"Ahad kau bagi rehat sebab isnin kau mahu saya kerja sara kau kan? Isnin hantar kerja kalau ada mood. balik dari kerja kau complaint sakit badan sebab main game.

"Kau marah saya kau bosan duduk rumah main game sahaja. kau tak tahu malu ke? bercakap sekarang macam rempit lagi menjawab netizen," katanya.

Pachara seorang mualaf itu mendedahkan perkara itu menerusi instastory miliknya pada petang Khamis sebagai respon kepada afiq yang mendakwa dia berlaku curang selain mengamalkan gaya hidup bebas.

Afiq membuat pendedahan itu selepas dia didakwa enggan memberi Kerjasama dengan menghadirkan diri ke mahkamah bagi proses penceraian mereka.

Mengulas mengenai dakwaannya curang, Pachara memberitahu sebaliknya kerana Afiq pernah ditangkap curang dan memarahinya kembali apabila dia mengetahui perkara sebenar.

“Kau bukan main sedap cakap aku curang sedangkan kan kau pukul aku pada 14 Mei 2021 sebab aku dapat tahu kau curang.

“Sakit fizikal dan cacat kekal saya, saya yang bayar. Surgery saya semua patah jari saya bayar. Kaki saya patah dan terpaksa simen 4 bulan mummy saya yang jaga saya.

“Saya malu dan sakit pernah kahwin kau Afiq. Betul betul sakit dan malu pernah jadi bodoh percaya kau dan kahwin kau,” luahnya lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan dia memfailkan tuntutan fasakh, pachara berkata, dia berhak berbuat demikian selepas apa dilalui sepanjang berkahwin dengan Afiq.

"Ini hak saya untuk tuntut fasakh, patut dari dulu lagi saya buat. netizen yang belum pernah mengalami tidak akan faham tapi bagi kaum wanita yang sudah pernah dipukul, dianiaya, dicurangi.

"Sengaja gantung tak bertali akan faham keadaan fizikal dan mental saya," katanya.

Pada Rabu lalu, pachara memfailkan tuntutan fasakh terhadap afiq di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang bestari, Shah Alam.

Pachara menjelaskan tuntutan itu dibuat selepas permohonan bercerai secara baik yang difailkan pada tahun lalu tidak mendapat kerjasama Afiq apabila dia gagal menghadirkan diri ke mahkamah sebanyak enam kali.

Isu membabitkan rumah tangga pasangan itu kecoh apabila pada 14 mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa afiq mencederakannya.

Pachara mendakwa afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali selain menendang perut dan menumbuk dagunya.

#Afiq Muiz #Pukul #Pachara Apin #Perempuan #Lelaki #Dakwa #Main #Dayus #Gameshow
;