“Nak Anak Solat Subuh, Kita Kena Solat Sekali”- Ozlynn Kongsi Tips Anak Solat & Mengaji

Syafiqah Jalal
Disember 20, 2019 09:33 MYT
Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn akui sering ditanya mengenai cara mendidik anak-anak menunaikan solat subuh dan membaca al-quran.
Menerusi entri terbaharunya di Instagram , Ozlynn berkongsi tips bagaimana anaknya dididik untuk menunaikan solat sejak berumur 4 tahun.
Menurut Ozlynn, jika mahu mendidik anak-anak ibu bapa perlulah membimbing dan bukan hanya mengarah.
“Ramai tanya macam mana ajar anak untuk bangun subuh dengan mengaji. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.
“Dalam proses ‘mendidik kita perlu membimbing, bukan mengarah atau menyuruh’. Budak akan ikut apa kita buat. Nak anak mengaji, awak mengaji sekali. Nak anak solat Subuh kita kena solat sekali. Ibu bapa perlu mainkan peranan. Bukan bapa serah bulat-bulat pada ibu begitu sebalinya.
“Kerjasama, macam suami aku keje pukul 6 pagi, jadi dia dah keluar awal waktu. Tak dapat jemaah dengan anak-anak setiap Isnin hingga Jumaat. Jadi Sabtu dengan Ahad aku akan pastikan semua jemaah sama, tak ada istilah cuti atau solat asing-asing. Sebolehnya semua kena sama-sama.Lama-lama dah jadi amalan dalam keluarga..
“Maid kami yang Islam dulu pun kami ajak solat jemaah skali. Tak ada alasan nak jaga baby. Baby letak tepi, kalau baby nangis Imam (suami aku) akan baca surah-surah lazim yang pendek. Lama-lama baby pun dah tau dah. Bila mereka semua ramai-ramai ni, menangis pun tak guna. Tak ada siapa angkat.
“Mulakan dari awal usia, bukan tujuh tahun baru nak paksa, bila dah biasa kejut budak empat tahun cakap lembut-lembut, jom solat. Lama-lama mereka mesti ok.
”Merengek kadang-kadang normal la, yang penting ajar tidur cukup waktu. Barulah bangun subuh tak menangis, macam Chantiq dari usia empat tahun memang solat subuh dah tak menangis langsung kalau kejut. Alhamdulilah.
“Macam Haziq dalam adik- bradik dia yang paling suka merengek, normal. Dia enam tahun, aku tegas dah dengan dia. Kadang kena keras juga sebab mereka bila dah mandi ok sahaja, sebelum bangun je hukhek hukhek.
“Terangkan apa kebaikan bangun pagi dan solat subuh dan berjemaah. Banyakkan berbual dengan anak-anak,” tulisnya.
Menerusi entri tersebut, Ozlynn juga memuat naik foto anak-anaknya yang baru selesai solat berjemaah.
Ozlynn bagaimana pun menutup ruangan komen untuk entri berkenaan.
Ozlynn sebelum ini pernah memberitahu sengaja menutup ruangan komen kerana tidak kahu mendengar pujian atau kata-kata negatif terhadap apa yang dilakukan bersama anak-anaknya.
BACA: “Ingat Mama Nak Rehat"- Ozlynn Tersentuh Anaknya Sanggup Lupakan Hasrat Subuh Di Masjid Sebab...
Terdahulu, hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan lima cahaya mata, Ahmad Ariq Hanania, 14, Ahmad Haziq Hanania, 6, Ahmad Sodiq Hanania, 9, Nur Latifah Chantiq Hanania, 4, dan Nur Latifah Moleiq Hanania berusia setahun.
#Anak #Johan Raja Lawak #Mengaji #Ozlynn #Solat