nak kepada pengarah filem Pitt Haniff, Dhia Farhana mendedahkan mereka sekeluarga meneruskan kehidupan seperti biasa selepas pemergian arwah bapanya.

Jelas Dhia, sejak dari awal lagi mereka sudah reda untuk menerima apa sahaja keputusan yang diterima.

"Kehidupan kami semua selepas pemergian ayah, Alhamdulillah okay sahaja. Mama sudah mempersiapkan diri kami sejak awal lagi.

"Masa dapat khabar berita mengenai kehilangan ayah, mama sudah beritahu harapan hanya 50-50 sahaja.

"Jadi, kami adik-beradik sudah reda. Nak atau tak nak, kami kena terima kenyataan," katanya kepada Gempak.

Dhia ditemui usai Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) yang diadakan di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Dhia, walaupun sudah menerima kenyataan namun dia akui sentiasa teringat akan arwah bapanya terutama pada waktu malam.

"Apabila tiba waktu malam, sukar untuk saya melelapkan mata kerana selalu teringatkannya.

"Saya tidak mampu melakukan apa-apa melainkan menangis tetapi tidak terlalu keterlaluan.

"Saya akan teringat akiviti-aktiviti yang kami lakukan bersama sebelum ini.

“Sebelum meninggal, ayah beritahu dia akan selesaikan semua urusan keluarga dan betul dia sudah lakukannya. Arwah juga berpesan jadilah anak yang kuat.

"Kami reda dengan pemergian ayah dan akan menjadi kuat seperti yang dipesannya," katanya lagi.

Hasil kerja arwah bersama Namron dan Mohd Syafiq dalam filem One Two Jaga melayakkan mereka merangkul trofi Lakon Layar Terbaik ASK2019.

Filem arahan Namron ini juga diangkat sebagai Filem Terbaik di malam anugerah terbabit.

Selain itu, filem ini turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Dr. Rosdeen Suboh) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim).

Drama bersiri Di Sisi memenangi lima trofi menerusi kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik (Wan Afzam Wan Daud), Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ruzaidi Rahman).

BACA: [SENARAI LENGKAP PEMENANG] - Filem One Two Jaga & Drama Bersiri Di Sisi Dominasi Anugerah Skrin 2019

Terdahulu, Pitt dilaporkan lemas pada 26 Oktober lalu ketika memancing selepas bot yang dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang karam sekitar pukul 1 tengah hari.

BACA: Bot Karam, Anak Fauziah Nawi Hilang Ketika Memancing Di Kuala Lipis

BACA: Pencarian Sukar Kerana Arus Deras, Rakan-Rakan Selebriti Doakan Pitt Hanif Segera Ditemui

Jenazah ditemui terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada jam 4.25 petang Ahad.

BACA: “Jenazah Telah Ditemui Dalam Keadaan Yang Elok” – Pitt Hanif Telah Ditemui

Jenazah telah selamat dikebumikan sekitar jam 2 pagi di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

BACA: Anak Fauziah Nawi Selamat Dikebumikan