Nak Baby Boy Please - Permintaan Isteri Nabil Sempena Ulangtahun Perkahwinan

Syafiqah Jalal
September 30, 2017 06:04 MYT
Isteri kepada pelawak Nabil Ahmad, Zira Ayub telah memberi ucapan yang cukup panjang dan manis untuk suaminya, sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke enam.
Zira, menerusi akaun Instagram (IG)nya memuat naik fotonya mengucup pipi Nabil.
Menerusi entri tersebut, Zira mengucapkan terima kasih kepada Nabil yang masih setia bersamanya mengharungi suka dan duka hidup berumah tangga selama enam tahun lalu.
Sebagai isteri Zira tidak mengharapkan apa-apa selain suami yang setia serta keluarga yang bahagia bersama dua orang anak perempuannya.
Selain itu, Zira sempat berseloroh dengan meminta seorang bayi lelaki sebagai penyeri rumah tangga dia dan Nabil selepas ini.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikut IGnya yang rata-rata mengucapkan tahniah serta mendoakan moga pasang itu terus bahagia di hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: Instagram Zira Ayub
#Anak #Nabil Ahmad #Pelawak #Zira Ayub