Laman Utama

“Nak Bagi Saya Malu 1 Malaysia”- Isu Bankrap, Mawar Karim Dedah Individu Digelar ‘S’ Sengaja Reka Cerita?

gempak
Syafiqah Jalal
13/04/2022
02:51 MYT
Sponsor Banner
“Nak Bagi Saya Malu 1 Malaysia”- Isu Bankrap, Mawar Karim Dedah Individu Digelar ‘S’ Sengaja Reka Cerita?
Usahawan tudung popular, Mawar Karim tampil memberi respon terhadap dakwaan kononnya dia melarikan diri daripada membayar hutang dan bakal diisytihar bankrap.
Mawar mendedahkan terdapat individu yang digelar sebagai nama ‘S’ sengaja memfitnahnya sejak dari tahun lalu.
“Wahai S tak habis-habis lagi reka cerita fitnah fasal saya. Tahun lalu fasal SJR, cukup setahun fasal lari hutang, tiba-tiba mai bankrap pulak dah,” katanya.
Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu berkongsi perkara berkenaan dalam Insta Story akaun Instagram (IG) miliknya.
Semalam, media melaporkan Mawar bakal diiystiharkan bankrap selepas didakwa melarikan diri daripada membayar hutang sebanyak RM720,000.
Ibu tunggal kepada seorang anak itu memberitahu umum mengenali siapa individu dengan gerangan ‘S’ yang didakwa sengaja mahu memalukannya.
“Nak bagi saya malu satu Malaysia, jangan one day terbalik pula ceritanya. Orang tahu siapa gerangan S ni,” ujarnya lagi.
Selain perniagaan tudung, Mawar juga mempunyai perniagaan barang kemas atau emas.
Terdahulu hasil perkahwinan Mawar dengan Fizo sebelum ini mereka dikurniakan seorang anak iaitu Mariam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live