Harga bukan masalah bagi peminat fesyen, tambah pula busana idaman itu digayakan sendiri oleh artis pujaan termasuk Neelofa dan Hanna Delisha.

Hannah yang ditampilkan dalam kempen terbaharu koleksi raya Alia B x Naelofar mencuri tumpuan ramai dengan seleksi busana anggun.

Baru sahaja dilancarkan awal minggu ini, ramai yang memuji kecantikan dua pelakon jelita itu.

Malah, ada yang tidak lokek untuk berbelanja membeli busana yang digayakan mereka atas tanda sokongan.

"Nak baju yang Hannah pakai tu," puji seorang pengguna.

Sahut pengguna lain pula; "Lawanya baju kak Hannah pakai."

A post shared by Hijab & Lifestyle (@naelofar)


Untuk info, koleksi busana Alia B dan hijab Naelofar itu sudah mula dijual bermula harga RM379 hingga RM549.

Sebanyak 15 rekaan dihasilkan dalam koleksi kolaborasi yang diberi nama The Essense of Art Nouveau.

Rekaan yang menggabungkan motif floral, tona pastel, renda dan siluet ringkas itu sesuai digayakan sama ada wanita berhijab atau tidak.

"Rekaan perlukan nampak romantik tetapi pada masa sama masih melambangkan diri saya sekarang. Ia perlu dilengkapi dengan ciri-ciri keberanian dan kasih sayang," kata Neelofa.

Bagi Alia pula, rekaan kali ini menyerlahkan idea klasik dengan ciri-ciri semasa seperti puff shoulders, bishop sleeves dan pussybow neckline.

"Setiap rekaan seperti karya seni. Saya tidak mahu berlebih-lebihan kerana mahu ia kelihatan versatil," ujarnya.

Jom lihat koleksi raya Alia B x Naelofar 2021!