Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nak Balas Dendam, Amber Heard Buang Air Besar Atas Katil Johnny Depp

Maliah Surip
10/05/2022 04:10 MYT
Kisah ‘perseteruan’ pesohor Johnny Depp dengan bekas isterinya, Amber Heard di mahkamah membongkar semakin banyak keburukan yang terjadi dalam rumah tangga mereka sebelum ini.

Selain kedua duanya saling menceritakan pengalaman ‘ngeri’ sepanjang hidup bersama, saksi saksi yang dibawa pasangan tersebut menjadikan fakta kes semakin mengejutkan.

Salah satunya adalah apabila salah seorang tim pengawal peribadi Depp, Starling Jenkins, mendedahkan sikap ‘gila’ Heard.

Jenkins mendakwa Heard pernah membuang air besar secara sengaja di atas katilnya bersama Depp.

Perbuatan keji itu dilakukan secara sengaja sebagai satu balas dendam terhadap aktor tersebut selepas keduanya bertengkar.

Menerusi laporan media antarabangsa termasuk Insider, Jenkins sewaktu menjadi saksi dalam persidangan yang berlangsung pada 28 April lalu memberikan butiran tentang kejadian tersebut.

Dia mendakwa Heard telah membuang air besar di atas katil pada malam 21 April 2016 di apartment mereka di Los Angeles. Heard kemudian pergi ke Coachella pada hari berikutnya.

Najis yang ditinggalkan Heard ditemui oleh penjaga kediaman pasangan itu di tepi Depp yang sedang tidur di atas katil sama.

Dakwaan tersebut sebelumnya telah didedahkan Depp dengan mengatakan: “Itu sangat aneh (jumpa najis di sebelah). Saya hanya mampu ketawa.”

Malah Heard sempat menafikan telah membuang najis besar di atas katil dan mendakwa najis tersebut adalah dari anjing peliharan mereka.

“Saya hidup bersama anjing anjing peliharan kami dan membuang najis mereka, jadi saya tahu membezakannya,” kata Depp.

Untuk rekod, Depp kini dalam proses menyaman Heard selepas wanita tersebut mendakwa dirinya sebagai kaki pukul sehingga beliau kehilangan reputasi dan ketidakpercayaan dalam kariernya.
#Amber Heard #Johnny Depp #Buang Air Besar
;