“Nak Bangun Subuh Tengok Ada Pendarahan…” - Bersalin Anak Ketiga, Ini Yang Dilalui Isteri Tomok

Mya Amri
Jun 5, 2020 10:42 MYT
Isteri kepada penyanyi Tomok, Rahayu Abas berkongsi pengalaman bersalin anak ketiganya.
Rahayu atau lebih mesra dengan panggilan Ayu menceritakan detik istimewa itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Ayu, pengalaman kali ini agak berbeza kerana bayi kesayangannya itu dilahirkan ketika negara dilanda wabak pandemik COVID-19.
“After 40 weeks, Rabu malam mula rasa mild contraction. Dibu tak boleh tidur. Kontraksi itu berlaku secara terus sehinggalah Subuh hari Khamis.
“Dibu berkira-kira nak ke hospital, bukan apa dibu kesian dekat dua lagi anak lelaki kecil dibu yang masih tidur.
“Nak bangun subuh dibu tengok ada pendarahan. Mungkin dah tanda kot dengan kontraksi yang berterusan saya berjalan relax-relax. Siap-siapkan diri, bag semua dah sedia dalam kereta kemudian kejutkan suami.
“Sampai hospital bila buat pemeriksaan, dibu dah ada bukaan 3cm dan kontraksi masih lagi berterusan. Saya juga ada buat ujian COVID-19, lepas azan zohor dalam 1.25pm lahirlah seorang puteri berat lebih kurang 2.98kg pada 04.06.2020.
“Dan sudah semestinya kelahiran dalam waktu-waktu COViD-19 kita terikat dengan Prosidur Operasi Standart (SOP) yang harus di ikuti.
“Hanya bersama dengan baby saya sekejap sahaja, dibu kena isolate dengan baby sehingga keputusan COVID-19 keluar,” kongsinya.
Terdahulu, Ayu selamat melahirkan bayi perempuan secara normal di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pada jam 1 tengah hari Khamis.
Untuk rekod, Tomok dan Rahayu mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.
#Tomok #Rahayu Abas