Penyanyi Heliza Helmi memaklumkan dia dan adiknya, Hazwa Helmi positif virus Covid-19 pada November tahun lalu.

Menerusi kemaskini akaun Instagramnya, Heliza memberitahu dia mengalami semua simptom berkaitan pandemik berbahaya itu.

"Alhamdulillah, perjalanan panjang Allah bagi... keluar rumah tinggalkan keluarga November 2020, 1 januari 2021 alhamdulillah akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga.

"Satu pengalaman tak pernah rasa sebelum ini. Sakit yang tak pernah rasa sebelum ini. Kakja dan Ika motivate each other.

"Dan benar, Covid-19 is real. Almost semua simptom Allah bagi rasa.. alhamdulillah hari ni Allah masih pinjam nyawa.

"Masa kena Covid-19, nak bangun pun macam tak mampu sebenarnya. Nak sujud pun rasa macam melayang dah.

"Dalam keadaan rasa sakit sangat @hazwanihelmi still kena attend kelas dan exam online. Moga Allah merahmati beliau amin," kongsinya.

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi)


Dalam pada itu, tambah Heliza pengalamannya sebagai pesakit Covid-19 antara momen yang tidak dapat dilupakan.

"Kami melihat bagaimana setiap hari keluar masuk ambulans terlalu kerap, pesakit daftar terlalu ramai, frontliners pula macam tak pernah rehat.

"Setiap waktu akan ada annoucement. 2 pagi, 3 pagi 5 pagi.. kita kena sentiasa bersedia nama kita di panggil.

"Di situlah lagi jelas nampak bagaimana pengorbanan frontliners terlalu besar.

"Siang malam mereka berjaga. Sungguh. Kami tak mampu balas jasa baik kalian," tambahnya.