Viral
"Nak Bangun Tu Menangis Juga La" - Hani Fadzil Kongsi Pengalaman Pembedahan Buang Ovarian Cyst
Penyampai radio Era, Hani Fadzil telah selamat menjalani pembedahan membuang ovarian cyst pada minggu lalu.
Sedang melalui proses rawatan susulan, Hani berkongsi pengalamannya sepanjang melalui prosedur pembedahan itu.
"Alhamdulillah, sudah seminggu saya selamat menjalani pembedahan membuang ovarian cyst sebesar 7 sentimeter pada ovari kiri saya dan ramai yang bertanyakan pengalaman saya sepanjang proses itu.
"Ovari saya tidak dibuang sama skali. Masih ada lagi dan cyst itu bukan bersifat kanser.
"Pada mulanya saya rasa kurang selesa sejak beberapa bulan lalu dan beranggapan ia sekadar kesakitan ketika datang haid.
"Tetapi saya membuat pemeriksaan apabila kitaran haid tidak normal.
"Ramai tanya juga sakit tak surgery? Masa bangun tu nangis gak la sebab sakit tetapi the next day tu I tak perlu makan pain killer dah.
Hani menjelaskan dia tidak berpantang makan sebelum menjalani pembedahan terbabit namun sentiasa mengikut nasihat doktor dari semasa ke semasa.
Malah, Hani turut menyarankan golongan wanita agar sentiasa membuat pemeriksaan berkala bagi mengelakkan keadaan tidak diingini.
"Lain orang lain simptom. Tetapi ovarian cyst sangat biasa dalam kalangan wanita, tak kira masih sekolah, belum kawin dan selepas berkahwin. Just check okay?" katanya.
Hani turut menegaskan prosedur pembedahan itu tidak menjejaskan kesuburan dan peluangnya untuk menimang cahaya mata.
"Maknanya insya-Allah I can have babies once I have recovered dengan izin Allah," tambah Hani lagi.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @hahanybunch
Must-Watch Video