Berita baik buat peminat bintang bola sepak terkenal David Beckam, kini wangian terbaharunya telah dilancarkan di Malaysia.

Direka khas oleh syarikat pereka minyak wangi mewah Coty International (pembuat minyak wangi Gucci dan Hugo Boss), ia mendapat sentuhan Beckham sendiri untuk memastikan semuanya sempurna mengikut citarasanya.

Hadir dalam empat aroma yang bebeza iaitu Instict, Homme, Respect dan Classic, setiap satunya melambangkan ciri-ciri personaliti Beckham.

Tiga selebriti lelaki Malaysia dan seorang usahawan telah terpilih untuk mewakili setiap satu aroma ini.

Mereka adalah Azwan Kombos mewakili aroma Instinct, Ryzal Jaafar berada di dalam aroma Homme, bakat baru Ikmal Amry melambangkan aroma Respect manakala usahawan Faeez Fadhillah pula memilih Classic.

Wangian terbaru David Beckham ini dijual pada harga RM159.90 – RM189.90 untuk EDT, RM19.90 untuk Spray Deo dan RM39.90 untuk Parfum Deo.