Hiburan

"Nak Bawa Basikal Suka Hatilah Tapi Jangan Tengah Jalan" - Ain Sufia Bengang Penunggang Basikal Selfish

gempak
Amri Hassan
07/12/2020
08:20 MYT
Sponsor Banner
"Nak Bawa Basikal Suka Hatilah Tapi Jangan Tengah Jalan" - Ain Sufia Bengang Penunggang Basikal Selfish
Pelakon dan pelawak Ain Sufia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir penunggang basikal yang mementingkan diri sendiri dengan menggunakan laluan tengah jalan raya.
Lebih kesal kata Ain tindakan sedemikian dianggap menghiraukan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
"Nak berbasikal suka hatilah, tak marah pun tapi jangan tengah jalan.
"Kita kan kongsi jalan yang sama. Aku tak marah yag kat tepi tu, aku marah yang kat tengah tu. Dah lah kat tengah bukit.
"Nak hobi bawa basikal ker motorbot waima bawa kapal selam sekalipun jangan sampai membahayakan keselamatan diri dan orang lain," tulisnya di Instagram.
Dalam sepotong video pada entri sama, Ain turut mengeluh dengan tindakan sekumpulan penunggang basikal yang mengendahkan keselamatan diri ketika melakukan aktiviti tersebut.
Keluhan Ain itu mendapat reaksi dan sokongan dari pengguna Instagram dan bersetuju dengan pandangan Ain.
"Tahu tak apa. Nanti terlanggar kita juga yang salah," tulis salah seorang pengguna.
"Dia tak tahu ada orang tengah kejar call time ni. Bukan main santai tengah jalan eh," tambah pengguna lain.
"Adoi ini kes tak faham bahasa. PKPB kan tak boleh keluar rumah sibuk nak mengayuh, kang kena langgar salah kita pula," sahut pengguna lain pula.
"Ya, hujung minggu memang di lebuh raya ke mana-manalah geng basikal ini saja kat atas jalan. Itu tak kisah lagi yang kisah bawa tu macam tak ada orang lain kat belakang," komen pengguna lain.
"Kalau aku memang kena sound dah. Inilah geng-geng punca orang lain yang kayuh basikal untuk riadah kena kecam," tambah individu lain.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata penunggang basikal termasuk untuk tujuan riadah perlu menggunakan laluan yang lebih sesuai dengan keperluan mereka.
Malah, kumpulan itu perlu mengelakkan lebuh raya dan jalan yang sibuk untuk beriadah.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook rasminya, menjelaskan bahawa individu yang menunggang basikal di laluan yang tidak dibenarkan boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live