Hiburan
“Nak Belajar Pergi Perpustakaan!” – Lelaki ‘Sound’ Pelajar Ulang Kaji Pelajaran Di Restoran Makanan Segera
Konsep mengulang kaji pelajaran dan membuat tugasan di restoran segera bukan satu perkara baru.
Menerusi laman sosial Twitter, tular kisah seorang pengguna @anas_cik yang berlaku di sebuah restoran McDonald apabila ada segelintir pelajar yang meminta orang ramai untuk jangan berbuat bising kerana mereka sedang mengulang kaji pelajaran.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya bersetuju dengan pemuda tersebut apabila restoran bukanlah tempat yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran.
“Nak study kat McD boleh je. Tapi pandai-pandai la pilih waktu yang sesuai. Jangan la sampai nak suruh orang lain ikut kehendak korang. Jangan la bolot ruang sampai pelanggan lain takde tempat nak duduk makan,” tulis seorang wargamaya.
“Curious question. Macam mana orang boleh study dan buat kerja sekolah kat tempat yang bising macam kat McDonald?” tanya soorang wargamaya.
“Aku paling perhati group macam ni dekat mcd Bandar Baru Bangi area PKNS tu, bersepah budak study dekat situ. Aku faham situ kawasan student tapi kalau semua table dah kena sapu untuk dorang study tang mana aku nak makan dik, takkan nak suruh aku makan dekat playground mcd tu kot?” komen seorang wargamaya.
Malah, ada yang meminta pihak pengurusan restoran untuk bertegas dan mengeluarkan peraturan agar tidak membenarkan para pelajar mengulang kaji pelajaran untuk tempoh masa yang lama.
“Mohon pihak restoran tak kira McD, KFC atau mana-mana francise, sila tegas dalam isu ni. Jangan benarkan para student lepak di dalam premis. Dan anda punya hak untuk menghalau para student yang ganggu pelanggan dalam premis nak makan,” tegur seorang wargamaya.
Kicauan pemuda tersebut kini telah menerima hampir 40,000 ulang kicau dan 27,000 tanda suka daripada warga Twitter.