"Nak Beli Biskut Kegemaran Pun Habis" - Kongsi Foto Sebelum Movement Control Order, Fasha Mohon Doa Terbaik Untuk Malaysia
Kamaruddin Razal
18/03/2020 02:13 MYT
18/03/2020 02:13 MYT
Pelakon cantik Fasha Sandha berkongsi foto keadaan pusat membeli-belah yang sepi serta kedai barangan runcit yang sesak sebelum tempoh perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan.
Memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya, aktres yang sedang sarat hamil ini turut memohon doa agar situasi virus COVID-19 yang sedang melanda dunia berakhir.
"Semua gambar ni diambil oleh saya sendiri. Kisah semalam.
"Mall jadi sepi, tapi grocery store sesak sampai i nak beli biskut cap pingpong kegemaran I pun habis.
"Semua orang pakat beli macam nak meniaga... Yalah, kalau semua ambil seorang 5 bungkus, sebungkus pun tak ada untuk I.
"Jomlah kita semua doakan agar situasi virus ini berakhir," tulis Fasha.
Bintang utama drama bersiri Lara Aishah ini turut mendedahkan majlis anjurannya juga terpaksa ditangguhkan.
"Majlis saya yang sepatutnya disambut hujung bulan ni pun terpaksa ditangguhkan demi keselamatan dan menghormati keputusan kerajaan.
"Memang sukar, sebab persiapan telah dibuat, jemputan semua dah dibuat, pembayaran semua dah dibuat.
"Tapi keselamatan semua lebih penting dari segalanya. Kita doa yang terbaik untuk negara kita Malaysia.
"Kita mendapat perintah untuk mengawal pergerakan kita, jadi kita harus ikut demi kesejahteraan semua. Be safe kesayanganku," tulis isteri kepada aktor Aidil Aziz ini lagi.
Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat Fasha dan turut berdoa agar keadaan kembali pulih.
Pengikut laman Instagram aktres ini juga mendoakan agar Fasha sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Dalam perkembangan lain, drama lakonan Fasha, Dua Takdir Cinta kini sedang hangat bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima dan Prima HD.
Strim drama bersiri Dua Takdir Cinta lakonan Fasha di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.