“Nak Beli Susu Tak Mampu, Saya Diberi Air Sirap”- Aliff Syukri

Syafiqah Jalal
Julai 19, 2018 04:53 MYT
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan kehidupannya ketika kecil sangat susah malah jauh berbeza dari sekarang.
Aliff Syukri menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya berkata sewaktu dia kecil ibu bapanya tidak mampu memberi kesenangan kepada keluarganya dan hanya hidup merempat.
Dahuulu masa kecil mak abah saya tak mampu nak bahagiakan dengan kesenangan kami hidup merempat dah besar baru senang.
“Saya tahu sebab mereka susah dan faktor perceraian,” tulisnya.
Menceritakan kehidupannya dahulu, Aliff beritahu ibunya tidak mampu untuk membeli susu ketika dia masih bayi sebaliknya hanya memberinya air sirap untuk diminum.
“Waktu baby mak saya cakap nak beli susu tak mampu, saya diberi air sirap (patut lah saya ada penyakit disleksia).
“Kami hanya tidur di lantai malah saya lahir di dalam rumah sebab tak ada duit ke hospital dan jarak yang jauh,” tulisnya lagi.
Bagaiamanpun, Aliff tidak mahu nasib yang sama berlaku kepada anak-anaknya.
“Sekarang abah tak nak benda yang sama berlaku kepada anak-anak abah,” tulisnya.
Entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata kagum dengan apa yang telah dimilki Aliff sekarang.
Foto: IG @ohabangkosmetik
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Anak #Aliff Syukri #Usahawan Kosmetik #Yusoff Al Qardawi